Sunday, June 14, 2015
ISU TMJ: Nazri Gembira Tun Mahathir Kini Sokong Kebebasan Bersuara
14 Jun 2015, Kuala Lumpur : Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau berasa
gembira dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang
membuat pusingan ‘U’ berkaitan kebebasan bersuara yang menjadi hak
rakyat Malaysia.
“Saya berasa gembira sebab sejak akhir-akhir ini dia (Mahathir) dah
pandai bercakap pasal kebebasan bersuara. Sebab masa dia jadi PM dulu
dia langsung tak kisahkan kebebasan bersuara ni,” katanya kepada
Malaysiakini.
Mengulas mengenai Dr Mahathir yang mempertahan Tengku Mahkota Johor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi pandangan mengenai
ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam dialog
berkaitan 1MDB, Nazri berkata raja tidak boleh terlibat dalam politik
kerana Malaysia berpegang teguh kepada sistem raja perlembagaan yang
meletakkan raja di atas politik.
“Ini adalah konvensyen negara yang amalkan sistem ini. Oleh itu raja tak boleh terlibat politik,” katanya.
Semalam, Dr Mahathir mengulas kenyataan Nazri terhadap Tunku Ismail
supaya tidak terlibat dengan politik, berkata tengku mahkota itu
mempunyai hak yang sama untuk bersuara kepada sesiapa shaja mengikut
undang-undang.
Tengku Mahkota itu berkata rakyat tidak sepatutnya dipersalahkan
kerana hlang keyakinan dan kepercayaan kepada Najib selepas beliau gagal
hadir dalam forum ‘Nothing2Hide’ pada 5 Jun.
Dipetik daripada sumber : malaysiakini.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment