Sunday, June 14, 2015

Pemecatan Tun Salleh Abbas: Kenyataan Tun M, Bukti UMNO Tak Terlibat

big_P1sallehabas
EDITOR MENULIS ...
14 Jun 2015 

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam berhubung punca sebenar pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas pada tahun 1988, adalah bukti bahawa UMNO tidak terlibat dalam soal pemecatan tersebut.  Dari kenyataan Tun Mahathir, ia jelas melibatkan beberapa individu dan pihak sahaja.

Selain DYMM Yang Dipertuan Agung ketika itu, yang turut terlibat ialah Tun Mahathir sendiri, kabinet serta tribunal yang ditubuhkan untuk mengambil tindakan terhadap Tun Salleh Abbas serta 2 hakim yang lain.

UMNO? UMNO tidak terlibat sama sekali kerana dari kenyataan itu, jelas menunjukkan Tun Mahathir tidak pun berjumpa dengan Majlis Tertinggi UMNO untuk berbincang tentang perkara tersebut. UMNO pun pada ketika itu mungkin dalam proses dijenamakan semula sebagai UMNO Baru berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengharamkan UMNO pada garis masa yang hampir sama.

Jadi semua pihak yang berkenaan perlu berhenti mengaitkan UMNO dalam soal ini selepas kenyataan yang dikeluarkan Tun Mahathir. UMNO sebagai satu entiti yang mempertahankan hak orang Melayu, kedaulatan raja-raja Melayu dan keluhuran undang-undang (antara lain), jelas tak terbabit dan tak terlibat dengan krisis ini dari mula.

Begitu juga dengan perdebatan yang  timbul dari kenyataan semalam, juga tidak ada kaitan dengan UMNO.  Mereka yang berminat dengan hal ini sepatutnya bertemu dengan Tun Mahathir sendiri dan mendapatkan penjelasan dari beliau.

Ini penting untuk disebutkan kerana sudah ada yang mula mempertikaikan logik seorang bertaraf Ketua Hakim Negara dipecat kerana mengadu pasal bunyi bising seperti yang dinyatakan Tun Mahathir semalam.  Kata mereka, jika isu bunyi bising, dua hakim lain turut dipecat tu apa kes pulak?

Maka itulah saya katakan, sebaik-baiknya semua persoalan ini ditujukan terus kepada Tun Mahathir sendiri.  UMNO dan kerajaan secara rasminya telah menutup kes ini dengan pembayaran saguhati kepada semua hakim yang terlibat pada tahun 2008.

Yang bangkit semula ni Tun Mahathir, patut tanya beliau saja.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment