Sunday, June 21, 2015
Jeng...Jeng...Azmin Perlu Putuskan Nasib Kerajaan Selangor
21 Jun 2015, Shah Alam : Tugas berat perlu digalas Menteri Besar Selangor, Mohamed
Azmin Ali dalam menentukan masa depan kerajaan negeri ini selepas nasib
PR masih menjadi tanda tanya.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia
(UUM), Prof Madya Dr Mohammad Fuad Othman berkata, Azmin perlu
mencadangkan pembentukan kerajaan campuran bagi ‘menyelamatkan’
kedudukannya.
Namun PR perlu terlebih dahulu disahkan kedudukannya oleh Majlis Presiden PR selepas statusnya masih menjadi teka teki.
“Oleh sebab mereka (DAP, PKR, Pas) tidak membuat keputusan yang bersama,
jadi, masing-masing membuat takrifan masing-masinglah. Saya rasa dalam
hal ini mereka tidak berlaku adil kepada rakyat. Rakyat sudah pilih
mereka elok-elok. Sepatutnya kena buat keputusanlah. Ada lagi ke PR ini?
Ada atau tidak ada?
“Jika sudah pasti PR tidak wujud lagi, Azmin Ali perlu menghadap Sultan
dan mencadangkan idea kerajaan campuran. Katakanlah PKR buat keputusan
untuk bergabung dengan DAP dan jumlah kerusi tidak cukup, maka Azmin
perlu mencari dua atau tiga orang Adun Pas untuk bergabung dengannya.
Azmin perlu cepat sebab rakyat tertunggu-tunggu. Adakah kerajaan negeri
ini masih ada lagi atau tidak? Sekarang ini bergantung pada Azmin,”
katanya kepada Sinar Online.
Menurutnya, selepas pelbagai kenyataan yang berbeza daripada pimpinan
DAP, Pas dan PKR terhadap status perikatan pembangkang itu, badan
tertinggi dalam membuat keputusan untuk PR, Majlis Presiden perlu segera
bertindak.
“Majlis Presiden PR kena duduk berunding secepat mungkin dan buat
keputusan. Jangan biarkan semua orang tertanya-tanya. Ia akan beri kesan
kepada keyakinan pelabur, iklim politik, hubungan antara etnik, antara
parti politik.
“Mesyuaratlah kemudian umumkan ada lagi atau tidak PR ini. PR kena bertanggungjawab,” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment