Monday, June 22, 2015
Jualan Kereta Mewah Meningkat, Negara Makmur Dibawah Najib
22 Jun 2015, Kuala Lumpur : Laporan akhbar yang menyebut akan
peningkatan jualan kereta mewah sebanyak 22% di negara ini menunjukkan
bahawa rakyat kita semakin makmur dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib
Tun Razak. Semakin ramai orang di negara ini mampu beli kereta-kereta
mahal, mudahnya begitu.
Bolehlah debat macam-macam dari laporan
tersebut, tapi yang nak dihighlightkan disini, kalau rakyat tertindas,
hidup tertekan dan sebagainya seperti yang sering dihebahkan
pembangkang, boleh ke dapat macam ini?
Sudah tentu peningkatan jualan kereta
mewah ini bukan satu-satunya petunjuk peningkatan kualiti hidup rakyat,
tapi apa bezanya dengan matawang jatuh, saham jatuh dan satu dua benda
lain yang dimomokkan sebagai petanda ekonomi negara berada dalam keadaan
genting dan maka itu Najib perlu berundur?
Kurang-kurang yang orang boleh faham,
kalau pengenalan dasar-dasar ekonomi oleh pentadbiran sekarang tidak
mengurangkan kualiti hidup golongan berpendapatan tinggi (sehingga
penjualan kereta mewah meningkat), dengan apa cara ia boleh mengurangkan
kualiti hidup golongan berpendapatan sederhana dan rendah?
Apatah lagi dengan polisi kerajaan di
negara ini yang lebih menguntungkan golongan berpendapatan rendah,
berbanding golongan berpendapatan tinggi. Orang kaya-kaya pun ramai
marah dengan kerajaan sebab lagi banyak gaji mereka, lagi banyak yang
kerajaan ambik (dalam bentuk cukai).
Itu pun boleh beli kereta-kereta mahal lagi.
Jadi fikir-fikirkanlah sama ada
dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan atau kita sendiri yang
menyebabkan kualiti hidup tak meningkat tu.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment