Monday, June 22, 2015
Kerajaan Selangor Sanggup meminta Maaf....Takutnya
22 Jun 2015, Shah Alam : Kerajaan Selangor meminta maaf kepada dua wanita yang diminta
memakai kain sarung oleh seorang pengawal keselamatan sebelum memasuki
bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada Isnin.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata,
kerajaan itu tidak pernah mengeluarkan arahan berkenaan dan pengawal
keselamatan telah diberi amaran keras.
"Terdapat etika berpakaian tetapi kami tidak pernah mengeluarkan
peraturan untuk memakai kain sarung. Kami akan memastikan insiden
seperti itu tidak berlaku lagi," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Khusrin berkata kerajaan negeri juga tidak pernah mengarahkan orang
ramai yang pergi ke bangunan SUK untuk balik sekiranya tidak memakai
pakaian sewajarnya.
"Kami akan menasihatkan mereka untuk memakai pakaian yang sesuai pada
masa akan datang. Kami tidak menghalau mereka atau meminta mereka untuk
memakai kain sarung," katanya.
Ditanya sekiranya ia boleh jadi satu tindakan berunsur sabotaj, beliau
berkata pengawal keselamatan tersebut mendakwa dia membuat keputusan
tersebut dengan sendiri.
Terdahulu, Menteri Besar Azmin Ali juga berkata, tiada arahan memakai kain sarung.
"Kami tidak ada peraturan seperti itu," katanya ketika ditemui selepas satu majlis di Istana Kayangan di Shah Alam.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment