Monday, June 22, 2015
‘Nak Perintah Negara? Tiga Parti Pun Berpecah’ Itulah PR
22 Jun 2015, Kuala Lumpur : Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara
sinis berkata, pembangkang tidak mampu mentadbir negara jika dilihat
dalam krisis yang melanda PR hari ini.
Katanya, berbanding gabungan parti dalam BN, ia kekal utuh namun PR hanya kecil gabungannya, namun tidak kekal lama.
“Tiga parti tidak boleh tahan lama dibandingkan dengan 13 parti dalam BN yang terdiri daripada pelbagai bahasa, kaum, agama.
“...tetapi kita dapat menjaga BN jauh lebih baik berbanding PR yang ada
tiga parti tapi tidak tahan lama,” katanya pada sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di PWTC, hari ini.
Katanya lagi, dengan pecahan yang melanda PR seharusnya menilai BN
walaupun parti itu mempunyai masalah dalaman namun tidak sampai tahap
perpecahan berlaku.
"Bagaimana hendak mentadbir negara? Kalau baru tiga parti sudah berpecah," katanya.
Mengulas lanjut mengenai perpecahan dalam PR katanya, DAP, Pas dan PKR
seharusnya menyatakan pendirian mereka dan tidak bersembunyi di sebalik
kedudukan masing-masing.
“Adakah (antara mereka) nak bekerjasama dengan PKR, DAP dan Pas. Keadaan
yang wujud sekarang ini adalah menunjukkan tidak wujud lagi pakatan
rakyat,” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment