Thursday, June 18, 2015
Kapal MT Orkim Harmony, Semua Anak Kapal Selamat
18 Jun 2015, Kuala Lumpur : Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak
Khamis lalu, disahkan ditemui di perairan Kemboja hari ini dengan
kesemua 22 anak kapalnya selamat.
Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana
Muda Datuk Azahari Abdul Rashid berkata TLDM menerajui operasi
menyelamat kapal tangki itu susulan pesawat P3C Orion milik Tentera
Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu
nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang semalam.
Ketika ditemui, kapal itu didapati telah ditukar namanya kepada ‘Kim
Harmon’ dipercayai sebagai taktik penyamaran bagi mengelak dikesan pihak
berkuasa, katanya kepada Bernama.
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai
RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam pada Khamis lepas
ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn. Bhd. itu
membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan
seorang Myanmar.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment