Monday, June 22, 2015
Kata Khalid Samad.....PAS Mungkin Berpecah Jika Gagal Dalam 100 Hari
22 Jun 2015, Petaling Jaya : Seorang Ahli Parlimen PAS yang dikaitkan dengan kumpulan
progresif memberi kata kedua kepada partinya supaya kembali menjadi
lebih inklusif dalam masa 100 hari atau berhadapan dengan penubuhan
sebuah parti Islam baharu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, sehingga kini rakyat
masih belum melihat hala tuju baharu parti itu terutamanya selepas
pemilihan PAS baru-baru ini.
"Saya bimbang rakyat tidak akan menunggu sehingga 100 hari. Saya rasa
ramai orang mula meninggalkan PAS atau kurang keyakinan terhadap PAS,"
katanya kepada The Star Online ketika dihubungi pada Selasa.
Tambah Khalid, kata dua itu juga selari dengan kenyataan Naib Presiden
PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang meminta agar kepimpinan baru
parti itu diberi tempoh selama 100 hari untuk membuktikan kemampuan
mereka.
Khalid berkata, ketika PAS berada di bawah kepimpinan Allahyarham Datuk
Nik Aziz Nik Mat dan Allahyarham Datuk Fadzil Noor mereka menerima pakai
pendekatan inklusif.
"Ada perpaduan dalam keahlian. Mereka sangat ikhlas dengan NGO dan
parti-parti komponen kedua-dua Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat,"
katanya.
Khalid bagaimanapun menafikan bahawa penubuhan sebuah parti baharu yang
sedang diperkatakan mempunyai apa-apa kaitan dengan Persatuan Ummah
Sejahtera Malaysia (PasMa).
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment