Monday, June 22, 2015
Padan Muka dan Rasakan....Permohonan Semakan Kehakiman Malaysiakini Ditolak
22 Jun 2015, Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak
permohonan Mkini dotcom Sdn. Bhd. untuk mendapatkan kebenaran bagi
semakan kehakiman dalam usaha mengetepikan perintah Hakim Besar Malaya,
Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dalam kes saman terhadap syarikat
pengendali portal berita Malaysiakini oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak.
Pada 1 April lalu, Zulkefli mengekalkan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk
Wira Kamaludin Md. Said untuk mendengar kes saman Perdana Menteri
terhadap Malaysiakini meskipun beliau kini sudah ditukarkan ke Seremban.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Asmabi Mohamad hari ini dengan
memerintahkan supaya Mkini dot.com membayar kos RM5,000 kepada Jabatan
Peguam Negara yang dinamakan sebagai pihak responden.
Keputusan itu dibuat atas alasan Hakim Besar Malaya boleh mengarahkan
mana-mana hakim untuk mendengar mana-mana kes di mahkamah berdasarkan
peruntukan Seksyen 20 Akta Mahkamah Kehakiman.
Najib atas kapasiti peribadinya menyaman Mkini dot.com dan tiga lagi atas dakwaan memfitnah kerana menyalah guna kuasa.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment