Monday, June 22, 2015
Wartawan Dihalang Masuk SUK Selangor Gara-Gara Pakai Skirt
22 Jun 2015, Shah Alam : Seorang wartawan akhbar New Straits Times (NST) dan
seorang pembeli rumah dari Klang yang mempunyai urusan di Bangunan
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pagi ini, terkejut apabila dihalang
memasuki bangunan itu kerana dikatakan berpakaian singkat.
Kedua-dua mereka yang memakai skirt separas lutut hanya dibenarkan
memasuki bangunan SUK sekiranya memakai kain sarung yang disediakan.
Enggan berbuat demikian, wartawan terbabit, C Premananthini, kemudian
meminta semula lesen memandunya sebelum memasuki bangunan itu melalui
pintu berlainan.
Berbeza dengan kawalan di pintu utama, dia dibenarkan masuk tanpa perlu memakai kain sarung.
Insiden berkenaan turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Klang, Charles
Santiago, yang memuat naik gambar mereka melalui akaun Twitter miliknya.
"Kenapa pengawal keselamatan memeriksa kaki wanita? Adakah ini peranan
baharu pengawal? Perlu dihentikan, MB," kata Santiago dalam entri
Twitter yang ditujukan kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment