Monday, June 22, 2015
Semakin Panas Ni....Palanivel Dilucutkan sebagai Ahli MIC....
22 Jun 2015, Kuala Lumpur : Mesyuarat khas MIC hari ini meluluskan resolusi bahawa
presiden parti Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi ahli parti itu.
Resolusi
dibuat berlandaskan artikel 91 perlembagaan parti di mana sesiapa yang
membawa hal parti ke mahkamah tanpa persetujuan jawatankuasa kerja pusat
(CWC) dilucutkan keahlian dalam parti.
Timbalan
presiden, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, Palanivel dan empat lain
sudah menyaman Pendaftar Pertubuhan (R-O-S) tanpa persetujuan C-W-C atas
kapasiti persendirian.
Oleh itu, mereka harus menerima akibat daripada perbuatan mereka.
“Kita
telah mengadakan satu perjumpaan khas dengan ketua-ketua cawangan
membabitkan 2758 ketua cawangan telah datang ke majlis ini. Kita dah
buat process verifikasi mereka dengan menggunakan satu pihak luar.
"Selain
itu, ia turut dihadiri oleh 95 ketua bahagian dan lebih kurang semua
pemimpin atasan MIC dan dua timbalan menteri yang ada dalam kerajaan”,
kata beliau ketika berucap di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan pemilihan semula semua jawatan yang akan bermula Julai ini.
Pemilihan
yang dibuat jawatankuasa kerja pusat (CWC) interim 2009 diluluskan
Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan bermula di peringkat cawangan dan
seterusnya ke jawatan tertinggi parti.
Beliau berkata pemilihan itu akan bermula dari 10 hingga 12 Julai depan dan pengundian akan dibuat pada minggu seterusnya.
Pemilihan semula itu dijangka akan berakhir Oktober ini.
Subramaniam
berkata demikian selepas menghadiri majlis perhimpunan khas yang
dihadiri 6 ribu ahli parti termasuk bekas presiden MIC, Datuk Seri S.
Samy Vellu di PWTC, pada Ahad.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment