Monday, June 22, 2015
Kata MBPP Roboh Struktur Logo Umno Ikut Undang-Undang...Jangan Nak Kelentong lah
Boleh beritahu DAPIG memang jahat sikapnya tak boleh melihat perkataan UMNO
22 Jun 2015, Georgetown : Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan
struktur logo UMNO di Menara Umno Negeri di Jalan Macalister di sini
Jumaat lepas adalah mengikut undang-undang, kata MBPP.
Anggota Majlis MBPP Ong Ah Teong berkata pembinaan struktur logo itu
adalah haram kerana ia dibina tanpa mendapat sebarang permit daripada
pihak berkuasa tempatan.
"Saya telah menerima panggilan Khamis lepas yang mengadu wujud satu
struktur haram di tempat itu. Pada Khamis petang saya pergi ke tempat
itu dan mendapati memang ada satu struktur haram tanpa permit.
"Saya telah memanggil Bahagian Pelesenan Unit Iklan memberi notis secara
lisan kepada tuan punya bangunan untuk memberhentikan segala kerja di
tempat itu. Keesokannya kami dapati struktur logo itu telah siap
dinaikkan. Pada hari sama Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis
serta-merta untuk menurunkan struktur itu.
"Mereka (jabatan bangunan) ke sana untuk menurunkan struktur itu.
Berlaku sedikit kekecohan di situ. Diharapkan pihak Umno tidak
mempolitikkan isu ini.
Kami di pihak MBPP hanya membuat kerja mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.
Penguatkuasa MBPP pada Jumaat lepas cuba meroboh struktur tulisan UMNO
di depan bangunan parti itu di Jalan Macalister, namun berjaya dihalang
anggota parti berkenaan.
Ong yang juga Anggota Jawatankuasa Tetap MBPP berkata sebarang pembinaan
struktur di negeri ini perlu mendapat permit terlebih dahulu.
Katanya beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Datuk Bandar MBPP
Datuk Patahiyah Ismail yang turut mengarahkan tindakan diambil mengikut
prosedur undang-undang.
"Kita telah menurunkan 290 stand alone board di negeri ini. Sesiapa yang
menyalahi undang-undang akan diambil tindakan," katanya.
Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang
Datuk Seri Zainal Abidin Osman bahawa MBPP seharusnya memberi notis
selama 30 hari untuk membuat sebarang tindakan, Ong berkata MBPP boleh
mengeluarkan notis serta merta untuk pemunya menurunkan struktur itu.
UMNO Pulau Pinang perlu menurunkan struktur itu terlebih dahulu dan
membuat permohonan untuk mendirikan struktur logo berkenaan, katanya.
Justeru itu, beliau berkata pihaknya mengeluarkan notis kepada Umno
Pulau Pinang untuk menurunkan struktur itu dalam tempoh seminggu bermula
hari ini.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment