Monday, June 22, 2015
"Perhitungan Hidup Mati Dalam PAS" - Salahuddin...Main Wayang Lah
22 Jun 2015, Petaling Jaya : Bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan
keputusan sama ada menerima atau menolak pelantikan sebagai Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat merupakan 'perhitungan hidup mati' karier
politiknya dalam parti Islam itu.
Mengakui masih belum memberi kata putus terhadap pelantikannya itu,
beliau yang tewas pada pemilihan PAS pada awal bulan ini mendedahkan
turut menerima 'ancaman' berhubung keputusan yang bakal dibuatnya nanti.
"Saya masih belum menjawab secara rasmi tetapi beberapa jam yang lalu
telah riuh rendah di media baru tentang berita pelantikan saya ke AJK
Pusat. Keputusan yang bakal saya buat adalah perhitungan hidup mati
karier saya dalam PAS.
"Ada yang memberi nasihat dan memujuk. Ada yang memberi amaran dan
ancaman memutuskan persahabatan. Kesian saya," kata Salahuddin menerusi
catatannya di Facebook.
Pada Ahad, Timbalan Presiden PAS yang baharu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man mengumumkan pelantikan lapan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi
2015-2017.
Selain Salahuddin, dua lagi calon kumpulan progresif yang tewas dan
dilantik untuk menganggotai AJK PAS Pusat ialah Datuk Mahfuz Omar dan
Mohd Taufek Abdul Ghani.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata beliau akan menyatakan pendirian
berhubung pelantikkan ke jawatan itu selepas sambutan Aidilfitri Julai
depan.
"Sudahlah sebelum muktamar ditohmah fitnah, dah kalah pun kena belasah
lagi. Tapi saya tak boleh marah-marah. Itulah asam garam dunia politik
yang saya telah pilih dengan jiwa raga saya.
"Saya akan membuat keputusan dalam masa yang terdekat, mungkin selepas kita menyambut Syawal yang mulia," katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment