Sunday, June 28, 2015
Kenapa Tak Sabar Ker Mahfuz!!!!! Apa Status Kerajaan Selangor... Mahfuz Tanya Azmin
Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfoz Omar mengesa Menteri Besar
Selangor Mohamed Azmin Ali menyatakan pendirian berhubung status
kerajaan Pakatan Selangor setelah PAS memutuskan terus menyokongnya
mengekalkan kerajaan negeri sedia ada.
Ahli parlimen PAS Pokok Sena itu berkata, penjelasan itu perlu kerana
ADUN Kinrara, Teresa Kok sudah memberi bayangan melalui laman sosial
'Facebook' mengenai harapan kepada kelahiran Pakatan 2.0 setelah
Muktamar PAS menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP bagi mematikan
PR.
Menurutnya, dalam masa yang sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang perlu mengarahkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul
Samad untuk meminta seluruh Adun PAS terus menyokong Azmin.
"Jika DAP sendiri sudah kata akan ada satu pakatan baharu, Azmin harus
nyatakan pendiriannya sekarang supaya sokongan yang diberikan PAS tidak
sia-sia atau jadi bahan mainan olok-olok oleh mana-mana pihak," katanya
pada media Khamis.
Mahfuz yakin selepas ini sukar bagi PAS dan DAP untuk saling bekerjasama dalam apa jua bentuk pakatan atau hubungan.
"Kedua-dua parti saling bertindak untuk memutuskan hubungan dan krisis
yang berlaku dalam PR ini juga menimbulkan persepsi tidak baik kepada
rakan parti Pakatan.
"Akan wujud majoriti masyarakat yang sering menimbulkan persepsi negatif sama ada kepada DAP dan PAS," katanya.
Menurutnya, sokongan golongan pengundi teras kepada parti masing-masing
itu amat diutamakan berbanding hubungan antara rakan parti.
"Jika pengundi teras sudah hilang kepercayaan kepada parti sendiri akan menyebabkannya turut kehilangan sokongan.
"Sama ada PAS atau DAP masih meneruskan kerjasama, pengundi teras akan
mula mempersoalkan tindakan sedemikian dan mula mengaitkannya dengan
mengekalkan kedudukan kuasa pemimpin peringkat atasan," katanya.
Dipetik daripada sumber : PemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment