Tuesday, June 23, 2015
‘Kezombiean’ Pakatan, Bukti Kegagalan PKR
EDITOR MENULIS...
23 JUN 2015
Status Pakatan sebagai komponen politik
yang hidup tidak mati pun tidak sekarang ini adalah bukti jelas
kegagalan PKR sebagai sebuah parti yang kononnya dominan diantara 3
komponen Pakatan, tak semacam UMNO di dalam BN (13 parti komponen).
PKR memang dominan dalam Pakatan
walaupun Pakatan mengaku takde ketua. Tak dominan macam mana? Kalau
menang, Anwar (PKR) jadi Perdana Menteri dan kalau bertanding PKR yang
paling banyak kerusi sekali (menangnya belum tentu), dominanlah tu
walaupun tak mengaku.
Malah, awal-awal sebelum jadi zombie
hari tu pun, Azizah tawar diri untuk damaikan PAS dengan DAP – tawaran
yang menjadi bahan ketawa di seluruh negara, dia nak selesaikan masalah
dalam parti dia sendiri pun tak boleh, nak selesai masalah orang.
Tapi isunya disitu, PKR tawar diri, maksudnya dia perasan ketualah tu.
Apa pun semua itu tak berjaya
menyelamatkan Pakatan. Malah, tak beberapa hari selepas Azizah keluar
kenyataan diatas, dia sendiri juga yang umumkan Pakatan sudah mati, atau
bahasa lebih tepatnya, tidak berfungsi seperti biasa.
Macam laki dia juga la agaknya..
Lebih malang buat Azizah, dengan masalah
Pakatan tak selesai, PKR sendiri berantakan.
Ambil AMK sebagai contoh,
Ketua cakap lain, Timbalan ketua cakap lain. Sekarang ni, Naib
Presiden aka Setiausaha Agung pulak berlaga lidah dengan PKR Selangor
sebab takut sangat kerajaan Selangor tumbang.
Ini nasib baiklah dia tak menang PRU13
lepas, kalau tidak, lagi haru kita semua rakyat ni.
Nak sangat
perubahan, nak sangat pembaharuan kan, ambiklah kau sekarang dah jadi apa
pun tak tahu.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment