Tuesday, June 23, 2015

Krisis PR: Azmin Berbincang Dengan Sultan Selangor?

23 Jun 2015, Shah Alam : Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dilaporkan bertemu dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam dan mengadakan perbincangan dengan baginda selama hampir sejam, berkemungkinan berkaitan kemelut yang melanda Pakatan Rakyat kini.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan, Azmin sebelum itu hadir di Istana Bukit Kayangan bagi mengiringi baginda sempena istiadat penyerahan watikah pelantikan Ketua Hakim Syarie Selangor; Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor; Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor dan para Pendaftar serta Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Azmin kemudiannya menghadap dan mengadakan perbincangan hampir satu jam dengan Sultan Selangor selepas istiadat tersebut selesai kira-kira pukul 12 tengah.

Akhbar itu bagaimanapun mengatakan tidak pasti sama ada perbincangan tersebut melibatkan isu politik semasa yang melanda pakatan pembangkang ketika ini atau sebaliknya.

Azmin pada 18 Jun lalu menegaskan bahawa tidak wajar pihak istana diheret dalam kemelut yang melanda gabungan pembangkang itu.

Kenyataan Azmin itu sekaligus menyangkal kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sebelum itu memaklumkan beliau akan mengadap Sultan Selangor bagi menjelaskan situasi politik terkini PR khususnya di Selangor.

Tegas Azmin lagi, pertemuan dengan dengan Sultan adalah perkara biasa yang dilakukan secara berkala setiap minggu.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment