Wednesday, June 24, 2015
Lain Macam Jer Bunyinya.....Jangan Leka 'Mencabut Kemuncup Di Stokin' ....
PAS mengingatkan semua saf kepimpinannya agar tidak mudah terpengaruh
atau terjejas dengan krisis yang melanda Pakatan Rakyat (PR) pada masa
kini, khususnya melibatkan parti Islam itu sendiri dengan DAP.
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, pemimpin yang ada pada
masa kini adalah waris yang menggalas tanggungjawab untuk meneruskan
perjuangan yang dimulakan generasi dan kepimpinan terdahulu.
"Laksanakan amanah perjuangan dan usah terpedaya dengan pelbagai gangguan yang cuba melengahkan pergerakkan kita.
"Jangan asyik dan leka 'mencabut kemuncup di stokin' hingga lupa
melangsungkan gerak kerja untuk mencapai matlamat perjuangan," katanya
dalam satu kenyataan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga menegaskan, parti Islam itu sejak
dahulu lagi didokong kukuh oleh golongan ulama, profesional dan aktivis
dan tidak 'terpecah dua' seperti yang didakwa, walaupun keputusan
pemilihan baru-baru ini jelas memperlihatkan situasi berkenaan.
Beliau dalam pada itu menasihatkan ahli dan pemimpin di semua peringkat
agar tidak terperangkap dengan persepsi bahawa parti itu mempunyai dua
blok berbeza yang tidak senada antara satu sama lain.
"Jangan terperangkap dengan fitnah dikotomi ulamak dan profesional,
sedang struktur kepimpinan dan organisasi PAS sejak awal penubuhannya
adalah terdiri dari gandingan mantap para alim ulamak, profesional dan
aktivis yang ikhlas berjuang.
"Usah berpolemik lagi. Terus mara ke hadapan dengan optimis. Pacu
perjuangan ini dengan tangkas. Rapatkan saf dan cerdaskan minda untuk
terus berfikir mencipta pelbagai variasi perjuangan," katanya lagi.
Muktamar PAS yang berlangsung beberapa minggu lalu mencorakkan fenomena hangat dalam arena politik tanah air.
Pada muktamar berkenaan, PAS melakukan kejutan apabila meluluskan usul
tergempar yang dibawa Dewan Ulama, yang mahu parti Islam itu memutuskan
hubungan dengan DAP ekoran serangan bertubi-tubi parti demokratik itu
terhadap Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga PAS sendiri.
Pada muktamar itu juga menyaksikan keputusan pemilihaan saf kepimpinan
parti bagi sesi 2015-2017 didominasi oleh golongan ulama, dan dengan
hampir kesemua calon golongan yang dilabel profesional tersungkur.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment