Wednesday, June 17, 2015
Makin misteri... selepas tujuh hari MT Orkim Harmony muncul di Kemboja
Selepas genap tujuh hari kehilangan kehilangan misteri kapal tangki MT
Orkim Harmony ditemui dengan nama dan cat pada badan sudah ditukar di
peraiaran Kemboja.
Kapal yang membawa 6,000 tan metrik muatan petrol RON95 dianggarkan
bernilai RM21 juta sebelum ini hilang tiba-tiba kerana tiada panggilan
kecemasan diterima daripada kapal itu selain tiada tanda ia menghadapi
kemalangan ketika hilang pada 8.57 malam Khamis lepas.
Pagi ini, Panglima Tentera Laut Malaysia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz
Jaafar memberitahu kapal tersebut dikesan di perairan Kemboja dengan
nama dan cat sudah ditukar.
Namun sehingga kini tidak ada perkembangan lanjut mengenai nasib 22 anak
kapal yang 16 daripadanya adalah rakyat Malaysia, lima rakyat Indonesia
dan seorang warga Myanmar.
Kapal MT Orkim Harmony sedang dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan apabila ia dilaporkan hilang.
MT Orkim Harmony adalah kapal milik syarikat Magna Meridian Sdn Bhd dan muatan petrol yang dibawa adalah milik Petronas.
Berdasarkan modus operandi kes rompakan terdahulu, muatan minyak akan
dipindahkan ke kapal lain di tengah laut dan kru akan dilepaskan untuk
mengendalikan semula kapal tersebut ke pelabuhan berhampiran.
Bagaimanapun muatan petrol RON95 dibawa kapal MT Orkim Harmony adalah
sukar dan berisiko untuk dipindahkan memandangkan ia mudah terbakar.
Sebelum ini teori awal adalah kapal tersebut dirampas lanun dan
disembunyikan di perairan kepulauan Anambas dan Natuna (Indonesia).
Sehubungan itu APMM dan TLDM telah membuat sekatan di semua laluan keluar daripada perairan negara.
Kehilangan kapal MT Orkim Harmony adalah kes keempat di Laut China
Selatan pada tahun ini dengan tiga daripada kes itu merupakan rompakan.
Berikut senarai anak kapal MT Orkim Harmony:-
MALAYSIA
Nor Fazly Sahat, 39 (Kapten)
Mohd Kholil Ashari Mohd Rozar, 27
Mohd Awis Aiman Abdullah, 26
Mohd Nur Firdaus Nawawi Akihito, 24
Ooi Jan Tong, 64
Nurul Hafis Abdul Rauf, 34
Khaw Hock Aun,61
Muhammad Hasren Ellaney Mohd Nasir, 24
Ariff Adnan Mohd Tajudin, 24
Nor Zaini Ahmad Bustaman, 22
Osman Khalid, 23
Amirul Azim Zabarudin, 21
Mohd Ridzuan Suhaimi, 23
Mohamad Adib Jamaludin, 22
Tan Chee Hau, 23
Muhammad Aiman Shafiz Marzuki, 20
INDONESIA
Bambang Suryawan, 43
Iwan Asriadi, 39
Nelson Hasiholan Sitorus, 35
Ntan Kombongan, 30
Mawit Matin, 46
MYANMAR
Myint Oo, 49
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment