Wednesday, June 17, 2015
Pakatan Rakyat Tidak Wujud Lagi: PKR-DAP Sependapat...Habis Kenapa Tak Bubar kan Saja Dun Selangor?
17 Jun 2015, Petaling Jaya : Kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR)
memutuskan parti itu berpendirian sama seperti DAP - "Pakatan Rakyat
sudah tidak wujud", tetapi menegaskan keretakan hubungan antara parti
gabungan pembangkang itu tidak akan memberi kesan kepada pentadbiran
kerajaan Selangor.
Menurut sumber parti itu, kerajaan Selangor akan terus berfungsi sebagai
sebuah gabungan yang tidak terikat, di mana Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) menyokong Azmin Ali sebagai Menteri Besar.
Sumber itu berkata, aturan politik yang unik ini diputuskan pada
mesyuarat biro politik parti itu malam Selasa dan dipercayai mendapat
persetujuan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kepimpinan DAP dan PAS juga telah dimaklumkan berhubung keputusan yang dijangka diumumkan pada Rabu.
Hubungan antara parti gabungan Pakatan Rakyat semakin retak antara PAS
dan DAP selepas tidak sehaluan dalam beberapa isu, termasuk cadangan
pelaksanaan hukum hudud oleh PAS Kelantan.
Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Pakatan tidak lagi wujud.
Perbalahan antara kedua-dua parti berkenaan juga menyebabkan pemimpin
DAP di Pulau Pinang mendesak kepimpinan PAS yang memegang jawatan di
peringkat negeri berkenaan supaya meletak jawatan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment