Thursday, June 18, 2015
Parti Baru Serpihan Pas Tidak Mustahil Didalangi Dap – Syed Ali
18 Jun 2015, Kuala Lumpur : Penubuhan parti baru, serpihan daripada Pas
tidak akan memberi kesan besar kepada senario politik di negara ini,
kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Sebaliknya kata beliau, penubuhan parti tersebut hanya akan
melebarkan lagi jurang perpecahan di kalangan umat Islam dan orang
Melayu.
“Saya tidak nampak kewajaran parti baru ditubuhkan oleh pemimpin Pas
yang kecewa dengan keputusan muktamar parti itu baru-baru ini,” katanya
dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.
Beliau merujuk kepada desa-desus bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad
Sabu atau Mat Sabu yang dilaporkan media akan menubuhkan sebuah parti
baru berikutan kelahahan beliau dalam muktamar tersebut.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah
Persekutuan tidak menolak kemungkinan penubuhan parti baru itu didalangi
Dap.
“Mungkin Dap dibelakang tabir, ini bukan mustahil kerana Dap
sememangnya mahu mempergunakan parti-parti serpihan untuk kekuatan
mereka,” tegasnya.
“Lagi pun kita boleh nampak apa matlamatnya (tubuh parti baru),
pertamanya kerana kecewa dalam Pas, ikut telunjuk Dap dan akhirnya hanya
untuk diberikan kuasa atau jawatan.
Bagaimanapun ujarnya, kewujudan parti serpihan Pas tidak akan kekal lama dan akhirnya berkubur begitu sahaja.
Beliau menyebut contoh bagaimana parti serpihan Pas pernah ditubuhkan
di Kelantan, iaitu Hamim dan Berjasa tetapi akhirnya lenyap begitu
sahaja.
Tambah Syed Ali, kewujudan parti baru serpihan Pas itu dipelopori
oleh golongan sekular yang tidak sehaluan dengan kumpulan ulama dalam
Pas pimpinan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Oleh sebab itu katanya, kekecohan dikalangan bekas pemimpin tertinggi
Pas itu semakin ketara apabila parti itu mengambil keputusan memutuskan
hubungan politik dengan Dap.
“Apabila usul Dewan Ulama mahukan Pas putuskan hubungan Dap dan
disokong oleh Majlis Syura, ianya memberi tamparan hebat kepada golongan
sekular,” tegasnya.
Rabu lalu, sekumpulan 12 orang bekas pemimpin kanan Pas dikatakan
telah mengadakan pertemuan di satu majlis ‘Jasamu Dikenang’, di markas
Pas Bakri, Muar, Johor.
Selain Mat Sabu, antara yang dilaporkan hadir pada majlis tersebut
ialah bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Pokok
Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, bekas
Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan bekas
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Muhd. Taib.
Tambah Syed Ali lagi, jika beberapa bekas pemimpin kanan Pas
menubuhkan parti baru yang didalangi oleh Dap ianya merupakan satu
tindakan yang sedikit-sebanyak boleh memberi kesan negatif terhadap
perpaduan umat Melayu.
“Dap merupakan parti rasis yang hanya mementingkan perjuangan parti
politik satu kaum, bagaimana ini boleh berlaku,” katanya melihat kepada
ketaksuban beberapa pemimpin Pas kepada Dap.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment