Thursday, June 18, 2015
PasMa Sebagai NGO Sememangnya Satu Wayang – Ustaz Reeza
18 Jun 2015, Kuala Lumpur : Bekas aktivis Pas,
Ustaz Reeza Kamaruddin sedikit pun tidak terkejut malah sudah
menjangkakan tindakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang
akan menggerakkan usaha bagi membolehkan sebuah parti baharu ditubuhkan.
Menurutnya
beliau akan terkejut seandainya hari ini Pasma terus menerus dengan
gerakan sebelum ini dan apa yang jelas dalam perkembangan tersebut
adalah institusi berkenaan telah keluar daripada wayang dan permainan
yang didendang sekian lama.
“Betul…Saya sikit pun tidak terkejut dengan apa yang akan digerakkan
oleh PasMa itu. Namun jika keadaan yang sebaliknya mungkin saya akan
terpinga-pinga. Yang jelas PasMa telah menujukkan wajah dan baju mereka
yang sebetulnya.
“Rentak tari mereka sebelum ini bahawa mereka akan terus kekal
sebagai NGO memang betul…Tetapi kenyataan daripada PasMA bahawa mereka
akan menggerakkan satu usaha untuk menubuhkan parti baharu pula
bagaimana.
“Itulah yang kita nampak dan tidak perlu melangkah jauh. Hanya
selepas selesai sahaja Muktamar Pas yang menyaksikan golongan ulama
menyapu bersih jawatan, PasMa terus mengorak langkah yang kita boleh
jangkakan” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) mengumumkan akan
menggerakkan satu usaha bagi membolehkan sebuah parti baharu ditubuhkan.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pada dasarnya PR sudah
terkubur oleh itu satu parti baharu perlu ditubuhkan bagi menghidupkan
semula PR.
Dan dilaporkan PasMa menegaskan parti baru yang akan ditubuhkan bagi
membentuk satu Pakatan Rakyat Baru (PRB) tidak perlu mendapat sokongan
daripada Pas.
Kata Datuk Phahrolrazi ini ekoran PRB yang akan ditubuhkan selepas
Hari Raya Aidilfitri sekaligus akan menjelaskan kedudukan Pas yang
sebenar. Sehubungan itu katanya, Pas sendiri akan terkeluar daripada PRB
secara automatik.
Mengulas lebih lanjut Ustaz Reeza seterusnya melihat perkembangan
mutakhir ini menunjukkan “ugutan“ PasMa kepada kepimpinan Pas sebelum
Muktamar yang lalu akhirnya menjadi kenyataan.
“Kejayaan Pas memperkasakan kepimpinan Ulama menyebabkan PasMa
bertindak sedemikian rupa.
Saya percaya jika keadaan sebaliknya PasMa
tidak akan mengorak dengan sejauh itu.
“Apa pun alasan yang dilontarkan dan apa jua yang dinukilkan, kita
boleh lihat batang tubuh PasMa yang sebenarnya hari ini,“ katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment