Sunday, June 14, 2015
Mat Sabu, Mahfuz Digugurkan Pesuruhjaya Negeri
14 Jun 2015, Kuala Lumpur : Sebanyak enam pertukaran berlaku dalam senarai
Pesuruhjaya Pas negeri-negeri yang baharu termasuk bekas Timbalan
Presiden Pas, Mohamad Sabu digugurkan daripada menjadi Pesuruhjaya Pas
Pulau Pinang.
Turut digugurkan adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
yang sebelum ini merupakan Pesuruhjaya Pas Kedah, Mohamad Taufek Abd.
Ghani (Negeri Sembilan), Adly Zahari (Melaka) dan Aminolhuda Hassan
(Johor).
Kedudukan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai
Pesuruhjaya Pas Pahang digantikan oleh Rosli Jabar, manakala Ketua Dewan
Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad dilantik untuk kembali
menjadi Pesuruhjaya Pas Johor.
Muka-muka baharu lain yang dilantik adalah Pesuruhjaya negeri Pulau
Pinang, Mohd. Fauzi Yusof, Datuk Ir. Amirudin Hamzah (Kedah), Mustafa
Daharun (Negeri Sembilan) dan Kamarudin Sidek (Melaka).
Senarai baharu Pesuruhjaya Negeri-negeri sesi 2015-2017 itu telah
dimuat naik dalam satu kenyataan dalam laman Facebook milik Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Pas telah selesai melantik Pesuruhjaya Negeri-negeri sesi 2015-2017 dalam mesyuarat pertama parti itu baru-baru ini.
“Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden Pas melalui
Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, pelantikan itu
membabitkan kesemua negeri,” katanya kenyataan berkenaan.
Bagi jawatan Pesuruhjaya negeri lain-lain, kedudukan penyandang
adalah kekal termasuk Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Muktamar Tahunan Pas Ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini disifatkan
sebagai pertembungan golongan proulama dengan golongan profesional yang
mana akhirnya menyaksikan golongan proulama berjaya menguasai
jawatan penting dalam parti itu.
Antara yang tewas dalam pemilihan parti Pas adalah Mohamad atau Mat
Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden dan
Mahfuz yang gagal dalam percubaannya untuk menjadi Naib Presiden.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment