Monday, June 15, 2015
Pembinaan Kilang Solar : Dap Dicabar Nyatakan Pendirian
15 Jun 2015, Kuala Lumpur : Presiden Aktivis Belia Tanah Air (ABATA),
Azrinizam Ibrahim berkata, seperti biasa Kerajaan Dap Pulau Pinang tidak
akan tunduk dengan desakan dan bantahan rakyat negeri itu terhadap
pembinaan kilang panel solar di Batu Kawan walaupun ia berkemungkinan
membahayakan nyawa rakyat.
Jelasnya, parti Dap memang terkenal dengan sikap pentingkan diri
sendiri walaupun sering melaung-laungkan kononnya mereka sebuah parti
yang adil dan berintegriti.
“Jika benar mereka mempunyai integriti dan membela rakyat, mengapa
Dap hanya berdiam diri dan enggan memberi jawapan terhadap kerisauan
rakyat berkaitan pembinaan kilang solar ini.
“Malah yang menghairankan saya adalah, mengapa tiada kos untuk kajian
terhadap projek ini sedangkan untuk pembinaan terowong dasar laut,
berjuta ringgit diperuntukan untuk kos kajian.
“Saya dengan ini mendesak kerajaan Pulau Pinang agar memberi jawapan
terhadap keselamatan nyawa rakyat. Tidakkah mereka menjadikan apa yang
telah berlaku di China sebagai contoh.
Pembinaan kilang yang sama di
sana ditutup kerana ianya membahayakan nyawa,” ujarnya kepada
UMNO-Online.
Tambahnya, walaupun Dap sering bersikap ‘double-standard’ tetapi di dalam perkara ini nyawa manusia adalah pertaruhannya.
Jangan hanya kerana wang ringgit, nyawa menjadi taruhan. “Jika kita
singkap kes pembangunan kilang Lynas di Kuantan dahulu, Dap lah yang
begitu lantang membantah dan mengheret rakyat ke demonstrasi jalanan.
“Tetapi kini mereka sendiri yang membina kilang solar malah tidak
mampu untuk memberi jaminan terhadap keselamatan masyarakat setempat.
“Jangan nanti sudah terantuk baru terngadah. Oleh itu saya mendesak
Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjawab kepada ketakutan rakyat.
“Jika pembinaan kilang ini tidak mendatangkan kemudaratan maka Dap
tidak perlu takut memberi jaminan. Tetapi jika mereka terus berdiam diri
dan meneruskan projek ini, adakah mereka berani untuk bertanggungjawab
terhadap bencana yang mungkin menimpa kelak,” katanya lagi.
Dilaporkan, Bosch Group dari Jerman akan melabur RM2.2 bilion bagi
membina kilang pengeluaran panel solar di Pulau Pinang selepas
perjanjian memorandum yang dibuat kerajaan negeri.
Kilang membuat solar panel mencemarkan alam sekitar dan menganggu
kesihatan penduduk dan ini terbukti apabila syarikat Jinko Solar di
China terpaksa menutup kilang tersebut setelah mendapat protes yang
hebat daripada penduduk setempat.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment