Monday, June 22, 2015
MENGAPA HELIKOPTER TIDAK TERBANG KE PUNCAK GUNUNG KINABALU?
Ramai yang merungut dan mengeluh berkenaan kelewatan pihak tentera,
Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan sebagainya dalam menyelamatkan
pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu susulan gempa bumi 5.9
Skala Richter yang mengorbankan 19 pendaki, memerangkap hampir 100 yang
lain, dan memusnah dan merosakkan bangunan di Ranau, yang terletak ke
tenggara gunung. Seorang pendaki Australia telah mengkritik pihak
berkuasa Malaysia di depan media dunia. Di Facebook , para juruterbang
permainan video telah menambah lagi perisa kritikan pendaki Australia,
yang pihak berkuasa Malaysia kononnya lambat menyampaikan bantuan.
“Kenapa tidak seseorang itu terbangkan helikopter ke puncak Gunung
Kinabalu? Satu-satunya orang yang saya kenal terbang begitu hampir ke
puncak Kinabalu adalah rakan satu skuad saya, Leftenan Gabriel Buja
Joel, yang menyelamatkan komando SAS British yang sesat berhampiran
dengan gunung itu. Atas jasanya itu, beliau dianugerahkan Pingat Tentera
Udara dan satu pingat dari Ratu Elizabeth II. Pada tahun 2003, Gabriel
telah terbunuh di sebuah gunung berdekatan Lawas, Sarawak”
Jadi apa yang saya dapat simpulkan?
Rintangan Udara Pergunungan! Ia merupakan satu mimpi buruk yang tidak
dapat dilihat yang telah mengorbankan banyak pesawat dan helikopter,
termasuklah helikopter mendiang Gabriel, dan merosakkan lebih banyak
lagi di serata dunia. Ianya begitu ganas dan berbahaya sehingga Federal
Aviation Authority (FAA) Amerika Syarikat telah mengeluarkan arahan yang
khusus dan terperinci untuk penerbangan di kawasan pergunungan.
Untuk terbang dengan selamat di atas sebuah kawasan pergunungan,
ketinggian sekurang-kurangnya 2000 kaki diperlukan untuk sebuah pesawat
melepasi titik paling tinggi kawasan pergunungan itu. Selain itu,
penerbangan di kawasan pergunungan tidak digalakkan sekiranya kelajuan
angin melebihi 25 knot kerana rintangan udara yang ganas berpotensi
untuk berlaku. Saya akan pergi lebih dalam untuk hal ini kemudian.
Pada 10 Januari, 1964, sebuah pesawat pengebom strategik Boeing B-52H
Stratofotress (nombor ekor 61-023) telah kehilangan ekor pesawatnya
akibat dihentam rintangan udara pergunungan semasa terbang di atas
Pergunungan Rocky 14,000 kaki.
Pada 9 Disember 1992, sebuah pesawat DC-8 milik American International
Airways kehilangan enjin nombor 1 apabila dihentam rintangan udara
pergunungan.
Mujur kedua-dua pesawat dan krew selamat. Orang lain seperti Gabriel tidak begitu bernasib baik.
Pada kebanyakkan masa, mereka yang selalu melihat kearah Gunung Kinabalu
dari jauh pasti akan dapat melihat kelompok awan menyeliputi puncak
gunung. Biar saya tunjukkan sebuah gambar yang diambil dari salah sebuah
helikopter pergunungan yang cuba mendarat di Laban Rata:
https://seademon.files.wordpress.com/2015/06/cg39putugaa8dzk.jpg
Jarak dan kadar penglihatan boleh berubah dengan sekelip mata dan di
Alaska, ramai juruterbang dan penumpang terkorban kerana menganggap
jarak penglihatan akan jelas sepanjang masa.
Tetapi cuaca adalah cerah dan pendaki yang terperangkap boleh melihat hingga ke kaki gunung!
Adakah mereka melihat apa yang ada di atas mereka? Jarak penglihatan
yang jelas bermakna udara yang kuat telah menolak kepula awan. Apa yang
anda perlu lihat di atas adalah kepulan awan nipis yang panjang di mana
kita boleh merasa kaki kita betul-betul berada di atas tanah dan kepala
yang tetap kekal di leher, tidak seperti mereka yang mengalami psikosis
yang dipanggil awan lentikular.
https://seademon.files.wordpress.com/2015/06/lenticular.jpg
Seperti yang anda dapat lihat, di bawah awan lentikular terdapat sesuatu
yang ahli kaji cuaca panggil sebagai rotor - sebuah vorteks rintangan
angin mendatar yang dijana oleh aktiviti gelombang pergunungan. Rotor
ini boleh menolak apa-apa pesawat ke atas, atau menghempaskannya ke
bawah seperti yang ditunjukkan di bawah:
https://seademon.files.wordpress.com/2015/06/rotor2.jpg
Kesimpulannya, helikopter berjaya juga mendarat di Laban Rata untuk
menerbangkan mangsa gempa dan pendaki yang tercedera. Dan semestinya ia
tidak sepantas yang diharapkan oleh pendaki.
Betul, malim gunung di Gunung Kinabalu adalah hero di dalam tragedi ini.
Kenapa mereka dan bukan pihak berkuasa? Kerana mereka yang mempunyai
pengetahuan paling baik mengenai Gunung Kinabalu. Walaupun beberapa
jalan jejak telah terhalang, mereka masih lagi berupaya menjumpai jalan
untuk turun dan naik gunung kerana mereka paling arif berkenaan kawasan
tersebut. Saya kagum dengan mereka, seperti saya kagum dengan pihak
penyelamat yang menggadai nyawa menyelamatkan pendaki yang terkandas dan
mayat mangsa.
Jadi, berhentilah merungut dan lupakan apa yang anda lihat di TV dan
filem. Realitinya, kehidupan sebenar tidaklah semudah itu. Menerbangkan
helikopter bukanlah seperti apa yang Franklin lakukan di GTA V.
Biarkan profesional lakukan tugas mereka!
Oleh : Kapten Rahmat Omar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment