Monday, June 22, 2015

Robohkan Signboard DAP Melaka...ROBOH Kan Saja Nak Tunggu Apa Lagi?

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) didesak mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap DAP Melaka berikutan papan iklan di ibu pejabat parti itu yang didakwa menyalahi peraturan dan spesifikasi.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, pihaknya telah menyediakan memorandum bantahan berkaitan papan tanda tersebut yang akan diserahkan kepada Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Hussin, pagi esok.

Menurutnya, selain tidak mempunyai nombor pendaftaran le­sen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), saiz dan ukurannya juga didapati tidak mengikut spesifikasi.

“Setiap papan iklan di negara ini mesti mengutamakan penggunaan bahasa Melayu kerana ia bahasa kebangsaan berbanding bahasa lain se­perti bahasa Inggeris dan Mandarin.

“Apa yang dilihat, DAP seperti tidak boleh menerima hakikat bahawa bahasa Melayu diletakkan lebih tinggi berbanding bahasa lain, mereka mahu menyamaratakan dan ini jelas melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai bantahan bersama kira-kira 150 ahli Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO negeri; Pertubuhan Pemikir Muda (PPM) negeri; Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) negeri dan Persatuan Vateran Tentera Tidak Berpencen Melaka di Kota Melaka pada Ahad.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment