Monday, June 22, 2015
Salahuddin Luah Perasaan... Dilema Tolak Atau Terima Lantikan AJK PAS Pusat...Ini Lah Wayang Salahuddin Saja
Tindakan PAS Pusat menawarkan jawatan AJK PAS Pusat (lantikan) kepada
bekas Naib Presiden PAS yang kalah Salahuddin Ayub membuatkan beliau
kini berada dalam dilema.
Hendak terima atau tidak lantikan tersebut yang Salahudin sifatkan sebagai 'satu keputusan terpenting dalam hidupnya'.
Tidak seperti Mohamad Sabu, Khalid Samad, Hatta Ramli, Salahuddin lebih
dihormati dikalangan aktivis PAS pro ulama kerana perwatakannya yang
lemah lembut dan sederhana.
Mungkin sebab itulah PAS Pusat menawarkan peluang baru kepada Salahuddin dan Mahfuz Omar untuk jawatan lantikan.
Berikut kami siarkan sepenuhnya luahan Salahuddin Ayub.
Malam tadi Sdr Zubir (pegawai Pejabat Agong Pas yang setia) menyerahkan
surat resmi perlantikan saya sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Bermakna bermula lagi satu episode dalam kehidupan saya untuk membuat
satu keputusan penting.
Keputusan yang bakal saya buat (samada menerima atau menolak) adalah
perhitungan hidup mati karier saya dalam Pas. Saya bermula dengan
perjuangan Pas sejak tahun 1981. Bermula dengan TYDP Kawasan Pontian
hingga Naib Presiden Pas 2015.
Saya masih belum menjawab secara resmi tetapi beberapa jam yang lalu
telah riuh rendah di media baru tentang berita perlantikan saya ke AJK
Pusat. Ada yang memberi nasihat dan memujuk. Ada yang memberi amaran dan
ancaman memutuskan persahabatan. Kesian saya. Sudahlah sebelum Muktamar
ditohmah fitnah , dah kalah pun kena belasah lagi. Tapi saya tak boleh
marah-marah. Itulah asam garam dunia politik yang saya telah pilih
dengan jiwa raga saya.
Saya akan membuat keputusan dalam masa yang terdekat (mungkin selepas
kita menyambut Syawal yang mulia). Almarhum Ust Fadhil Nor pernah
menasihati saya dalam membuat keputusan penting dalam perjuangan
politik. Kita boleh minta dan dengar nasihat dari orang lain. Jadilah
pendengar yang baik . Buatlah keputusan atas pertimbangan sendiri.
Jangan izinkan sesiapa pun "dictate" kita dalam hidup ini .
Setelah 35 tahun saya faham apa maksud nasihat Ust Fadhil. Hari ini saya
akan membuat keputusan. Betul atau salah keputusan yang saya akan buat ,
diri saya sendiri lah yang akan menanggungnya sepanjang hayat. Orang
lain hanya mampu ketawa dan bersedih buat setika waktu saja.
Pada tahap ini saya pasrah sepenuhnya pada pencipta saya Allah SWT.
Hanya Dia tempat saya mohon petunjuk dan Maha Mengetahui yang terbaik
untuk hambaNya seperti saya.
Salahuddin Hj Ayub
21 Jun 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment