Monday, June 22, 2015

Tiada Kompromi...MBPP Tetap Mahu UMNO Pulau Pinang Robohkan Dulu Struktur Binaan Logo

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) nampaknya tidak mahu bertolak ansur langsung dengan UMNO Pulau Pinang dan akan keluar notis kepadanya robohkan struktur logo UMNO dalam tempoh seminggu bermula hari ini,Isnin.

Ahli Majlis MBPP, Ong Ah Teong kata UMNO Pulau Pinang perlu menurunkan struktur itu terlebih dahulu dan baru membuat permohonan untuk mendirikan struktur logo berkenaan.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya dalam sidang akhbarnya di Georgetown Isnin mengenai kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman bahawa MBPP seharusnya memberi notis selama 30 hari untuk membuat sebarang tindakan.

Kata Ong MBPP boleh mengeluarkan notis serta-merta untuk pemilik menurunkan struktur itu.

Beliau memberitahu MBPP merobohkan struktur logo UMNO di Menara UMNO Negeri di Jalan Macalister Jumaat lalu adalah mengikut undang-undang.

Katanya pembinaan struktur logo itu adalah haram kerana ia dibina tanpa mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan.

"Saya telah menerima panggilan Khamis lalu yang mengadu wujud satu struktur haram di tempat itu.

Pada Khamis petang saya pergi ke tempat itu dan mendapati memang ada satu struktur haram tanpa permit.

"Saya telah memanggil Bahagian Pelesenan Unit Iklan memberi notis secara lisan kepada tuan punya bangunan untuk memberhentikan segala kerja di tempat itu.

Keesokannya kami dapati struktur logo itu telah siap dinaikkan. Pada hari sama Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis serta-merta untuk menurunkan struktur itu.

"Mereka (jabatan bangunan) ke sana untuk menurunkan struktur itu. Berlaku sedikit kekecohan di situ. Diharapkan pihak UMNO tidak mempolitikkan isu ini. Kami di pihak MBPP hanya membuat kerja mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya.

Penguatkuasa MBPP pada Jumaat lalu cuba meroboh struktur tulisan UMNO di depan bangunan parti itu di Jalan Macalister, namun berjaya dihalang anggota parti berkenaan.

Ong yang juga Ahli Jawatankuasa Tetap MBPP berkata, sebarang pembinaan struktur di negeri ini perlu mendapat permit terlebih dahulu.

Katanya beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Datuk Bandar MBPP, Datuk Patahiyah Ismail yang turut mengarahkan tindakan diambil mengikut prosedur undang-undang.

"Kita telah menurunkan 290 'stand alone board' di negeri ini. Sesiapa yang menyalahi undang-undang akan diambil tindakan," katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment