Sunday, June 28, 2015
Najib : Jasa 1MDB Terhadap Pembangunan Islam di Malaysia...Tapi Ada Yang Tak Tahu Selama Ini
Ada tidaknya Dengan adanya 1MDB lah Tok Imam dan Tok Bilal dapat
tunai ke UMrah dan Haji..tapi kenapa menjadi sasaran pihak tidak
bertanggungjawab.Tak habis habis hak melibatkan mengenai orang
melayu...Tabung Haji lah dan Terbaru Mara Plak..Macam ada satu komplot
untuk burukkan nama kerajaan lah.
26 Jun 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menjelaskan bahawa perlaksanaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang
menerima pelbagai kritikan sejak mutakhir ini telah banyak berjasa
terhadap pembangunan Islam di Malaysia.
Beliau berkata, pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru yang
merupakan salah sebuah projek yang disumbangkan Yayasan 1MDB telah
menelan belanja sebanyak RM20 juta.
"Malangnya hari ini 1MDB yang banyak membantu masyarakat Islam menerima
pelbagai kritikan dan tohmahan khususnya di media sosial.
"Bila jawatankuasa masjid jumpa saya serta merta saya bersetuju dan
luluskan, saya minta Yayasan 1MDB yang malangnya banyak menerima
kritikan di media sosial sehari dua ini.
"Inilah jasa 1MDB kepada umat Islam, sumbangan yang cukup besar, pada
asalnya bajet (pembinaan masjid) ini sedang-sedang, bila dilaksanakan ia
semakin bertambah sehingga RM20 juta itu pun tidak cukup lagi," katanya
ketika berucap sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung
Baru di sini, sebentar tadi.
Dipetik daripada sumber : PemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment