Sunday, June 28, 2015
Gambar Pembangunan Semula Masjid Jamek Kampung Baru Hasil Jasa 1MDB
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan semula
Masjid Jamek Kampung Baru yang menelan perbelanjaan lebih RM20 juta
merupakan satu daripada jasa 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Perdana Menteri memberitahu, hal ini kerana pembangunan semula masjid
yang hampir keseluruhannya berwajah baharu itu ditanggung sepenuhnya
oleh Yayasan 1MDB.
Najib berkata, setakat ini, terdapat beberapa bil tambahan untuk
dimasukkan dalam kos pembangunan yang perlu dilunaskan bagi memastikan
keperluan masyarakat di kampung itu dipenuhi.
“Inilah jasa 1MDB kepada umat Islam khususnya kepada penduduk Kampung
Baru. Satu jasa yang besar kepada penduduk kampung ini,” katanya sewaktu
berucap pada majlis pembukaan dewan solat utama Masjid Jamek Kampung
Baru di sini hari ini.
Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Fahad
Abdullah Al-Rashid dan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris
Shaari Mat Aris.
Pada majlis itu, Fahad Abdullah menyerahkan 1,000 naskhah al-Quran yang merupakan sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.
Perdana Menteri turut menunaikan solat Jumaat bersama-sama 7,000 jemaah
yang diimamkan oleh Imam Mekah, Sheikh Dr. Idris Ismail Al-Misrafi.
Dewan solat utama Masjid Jamek Kampung Baru dapat menampung jemaah kira-kira 8,000 orang pada satu-satu masa.
Dewan solat utama merupakan sebahagian daripada projek pembangunan
semula Masjid Jamek Kampung Baru yang mempunyai dua fasa pembangunan
kesemuanya dalam tempoh dua tahun.
Dipetik daripada sumber : PemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment