Sunday, June 28, 2015
Nizar Enggan Lepas Jawatan Ketua Pembangkang Perak
26 Jun 2015, Ipoh : Desakan terhadap Datuk Seri Mohamed Nizar untuk berundur
dari jawatan ketua pembangkang Perak tidak diendahkan sungguhpun tidak
lagi mempunyai jawatan dalam PAS selepas kalah pada Muktamar parti bulan
baru-baru ini.
Jelas Nizar, desakan dari Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Saleh
tidak relevan ekoran ADUN pembangkang lain masih menyokong beliau
menggalas jawatan tersebut.
"Itu mungkin hanya pandangan peribadi beliau (Salman)," katanya.
Nizar berkata, tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempertahankan
beliau kerana kenyataan dibuat itu adalah pendirian peribadi Salman.
Ditanya punca Salman mengeluarkan kenyataan itu, Nizar berkata, mungkin
pemimpin pemuda kawasan itu mempunyai "motif tersembunyi".
"Atau mungkin ada pihak lain yang mempengaruh beliau," katanya.
Dipetik daripada sumber : PemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment