Wednesday, June 17, 2015

Pakatan Hancur Kerana Tujuan Ditubuhkan Nak Tipu Rakyat

pr_dead 
EDITOR MENULIS...
17 JUN 2015

Ramai orang tanya kenapa Pakatan berkubur ditengah-tengah ‘kemarahan’ rakyat terhadap kerajaan BN dalam pelbagai isu seperti harga minyak naik, kritikan Tun Mahathir, GST dan sebagainya.  Patutnya kalau ikut logik, Pakatan makin kukuh, bukan lenyap tak bernisan.

Saya katakan 2 sebab saja, yang dikatakan ‘kemarahan’ itu hanya permainan persepsi sementara Pakatan berkubur kerana tujuan ditubuhkan dari mula bukan nak tolong rakyat tapi untuk kepentingan sendiri.

Selain itu, pendekatan yang digunakan Anwar semasa menubuhkan Pakatan Rakyat, tak masuk akal dan maka itulah ianya tidak bertahan lama, tak macam BN.  Berbuih dah mulut cakap dulu, tapi balaci buat pekak saja.  Tidak ada komponen politik lain dalam dunia pakai konpsep yang Anwar tetapkan ni sebab tahu tak akan berjaya.

Antara pendekatan luar tabie yang Anwar gunakan, Pakatan tidak ada ketua (tapi kalau menang Anwar jadi PM), guna konsep bersetuju untuk tidak bersetuju (hudud) dan tidak mendaftarkan Pakatan sebagai pertubuhan sah sebab taknak masalah parti A, menjadi masalah parti B kalau didaftarkan sebagai komponen.

Tipu saja pendaftaran Pakatan dihalang kerajaan BN.  Kadir Sheikh Fadhir pun boleh tubuh parti baru dengan mudah, yang Pakatan pulak masalah?  Kalau masalah, dah lama bawak ke Mahkamah, tapi takde pun.

Apa pun, dengan macam mana sebuah komponen politik boleh beroperasi dengan sempurna kalau hal basic macam ini tak selesai?  Anehnya, ada pulak di kalangan rakyat yang percaya pendekatan macam ini mampu ganti BN untuk mentadbir negara ini.

Nasib baik tak menang PRU13, kalau tidak lagi haru kita bila mereka sama mereka bergaduh di atas.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment