Tuesday, June 16, 2015

Pakatan Pecah – Satu Analisa

dap_pkr_pas

EDITOR MENULIS...
16 JUN 2015

Di kalangan penyokong pembangkang yang tidak percaya takdir Tuhan yang memberikan kemenangan kepada BN dalam PRU13 yang lepas, mungkin tertanya-tanya kenapa ditahap mereka berada paling baik pun, masih gagal nak menumbangkan BN.

Jawapan itu sudah ada sekarang bila Pakatan Rakyat berpecah semalam.

Nasib baik mereka tidak menang dalam PRU13, kalau tidak parlimen dah bubar sekarang dan rakyat terpaksa memilih kerajaan baru sekali lagi – lebih sikit 2 tahun selepas mengundi.

Yang ada kebarangkalian nak mengundi balik ni orang Selangor, tapi saya yakin Azmin dan kerajaan Selangor akan bertahan sampai PRU14 kerana penentuan kerajaan dibuat berdasarkan kedudukan sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - bukan atas nama Pakatan Rakyat.

Jika PAS atau DAP tarik balik sokongan pun, tidak akan mengubah apa-apa sebab DAP mahupun PAS tidak mungkin akan berpaling pada BN dan ADUN Bebas, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menumbangkan kerajaan Selangor sedia ada.

BN pun taknak rasanya, lebih-lebih lagi dengan DAP.  Begitupun hujung-hujung, kuasa membubarkan DUN adalah terletak pada DYMM Sultan Selangor, dan baginda lebih arif tentang hal ini.

Tapi lain pulak ceritanya dalam PRU14. nanti.  Yang pasti PAS tidak akan bertahan dengan 15 kerusi DUN sekarang kerana sebahagian besar kerusi yang PAS ada di Selangor hari ini adalah kerana sokongan pengundi tradisi DAP, kaum cina.

PasMA kalau ganti tempat PAS sekalipun dalam Pakatan, tidak akan berjaya juga kerana PasMA juga menumpu kepada kelompok pengundi yang sama dengan PAS, saya yakin, dimana PAS bertanding, PasMA juga akan bertanding disitu.

Lagipun nak ke pengundi cina percaya dengan jenis-jenis PAS macam Pasma ni lagi?  

Sekali kena boleh, dua kali terkena tidak mungkin.  Silap-silap, dengan DAP pun bungkus sebab DAP juga yang yakinkan orang cina supaya undi PAS dulu, konon boleh dikawal.

UMNO/BN Selangor kalau tak pandai ambil peluang ni, tak tahulah nak cakap apa.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment