
Tuesday, June 16, 2015
Tunjuk Perangai Buruk Di Usia Senja, Puas Hati?
Boleh dikatakan hari ini menyaksikan nama bekas Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad heboh diperkatakan gara-gara “pencapaian” beliau dan
para penyokongnya menghuru-harakan majlis tertutup anjuran NGO,
Sukaguam.
Tidak tahulah penulis NGO mana yang Tun M wakili, namun menurut
penegasan pihak penganjur, Datuk Khairil Anuar Rahmat, bekas Perdana
Menteri itu telahpun dimaklumkan lebih awal bahawa beliau tidak dijemput
untuk “memeriahkan” program Forum “Nothing2hide” berkenaan.
Namun biasalah. Mungkin “gilakan” publisiti di penghujung usianya,
warga emas itu seolah “bermuka tembok” untuk hadir ke majlis forum
berkenaan sekaligus menghuru-harakan keadaan sehingga terpaksa
dibatalkan.
Puaslah hati bekas Memanda Perdana itu? Seronok? Gembira melihat apa
yag berlaku? Apa yang beliau dapat agaknya dengan menunjukkan perangai
buruknya di hadapan para NGO dan belia yang hadir di majlis tertutup
berkenaan? Dapat puaskan hati? Najib tidak letak jawatan pun, kan?
Reputasi sendiri tersecemar, matlamat juga tidak kesampaian…
Penulis tahu, biar apa sekalipun alasan atau hujah yang diberikan,
Tun M tidak akan berhenti dari menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak. Selagi Najib tidak jatuh seperti Allahyarham Tunku
Abdul Rahman dan Pak Lah, selagi itulah beliau tidak puas.

Biar apa saja jawapan yang diberikan Najib, biar terperinci bagaimana
sekalipun fakta jawapan yang diberikan mengenai persoalan yang bekas
Memanda Perdana itu, jawapan berkenaan tidak akan dipeduli malah
diketepikan begitu saja.
Begitulah keadaannya bila emosi bercampur baur dengan niat dan agenda
berkepentingan peribadi cuba dilonjakkan bekas Memanda Perdana itu.
Penulis yakin, jika itulah yang cuba dilakukan Anwar Ibrahim di zaman
beliau, nescaya Anwar dan para penyokongnya kini sedang berada di
sebalik jeriji besi, dilokap pentadbirannya yang pernah digelar “kuku
besi” itu.
Beliau mempersoal mengapa perlu takut padanya? Siapa yang takut
sebenarnya? Jika benar bekas Memanda Perdana itu berani sangat, beliau
boleh berdepan dengan Najib pada bila-bila masa yang beliau mahu. Setahu
penulis, Yayasan Perdana sangat dekat jaraknya dengan Sri Perdana,
bukan? Ketuklah pintu dan beri salam sewajarnya…
Sememangnya Perdana Menteri mahu ke forum berkenaan. Beliau tiada apa yang hendak disembunyikan, apatah lagi takutkan sesiapa.
Tapi atas faktor keselamatan, termasuk keselamatan seorang warga emas
yang berusia hampir 90 tahun yang mungkin berpotensi “terpijak” oleh
para penyokong sendiri yang merempuh bagai orang tidak bertamadun, lebih
baiklah beliau mengikut saja keputusan pihak berkuasa yang melarang
beliau hadir.
Salahkah tindakan PDRM menghalang kehadiran Najib? Sekiranya PDRM
menasihatkan Tun M ketika menjadi Perdana Menteri untuk hadir ke
himpunan Reformasi sekitar 1997-1998 dahulu, apakah Tun M akan ikut
nasihat tersebut atau tetap mahu berdiri di tengah-tengah ribuan perusuh
yang hanya menunggu masa untuk menerkam beliau? Semudah itupun tak tahu
fikir?
Tidak perlulah memperguna nama rakyat untuk menjatuhkan Perdana
Menteri. Kononnya ‘bersuara demi kepentingan rakyat’. Padahal beliau
boleh bertanya diri sendiri tentang “tujuan sebenar” beliau menyerang
kepimpinan Najib. Tidak perlu tipu diri sendiri dan tidak perlulah
menipu rakyat di usia senja begini…
Marahkan Lim Kok Wing? Kawan lama yang banyak dibantu? Bantu
bagaimana? Sebesar mana bantuan yang diberikan pada kawan lamanya itu?
Boleh jelaskan? Kini mengungkit jasa-jasa terhadap seorang kawan?
Rupanya beliau mengamalkan corak pentadbiran membantu kawan-kawan
rapatnya? Bagaimana dengan mereka yang bukan kawan rapatnya? Apatah lagi
mereka yang langsung beliau tidak kenali? Tidak ditolong? Tolong
jugalah, tapi tolong begitu-begitu sajalah, kan?
Atau bekas Perdana Menteri itu mahu dilayan seperti mendiang Lee Kuan
Yew? Mahu dilantik menjadi Menteri “Mentor” seperti bekas Perdana
Menteri Singapura itu? Cemburu pula bila sahabatnya dilantik jadi
penasihat Najib?
Sekiranya bekas Memanda Menteri itu dilantik jadi penasihat Perdana
Menteri, apakah nasihat yang agaknya akan diberikan pada Najib? Suruh
bina Jambatan Bengkok? Suruh naikkan anaknya sebagai Timbalan Perdana
Menteri? Suruh ‘bela” Ananda Krishnan, Francis Yeoh dan semua
rakan-rakan rapatnya? Suruh Najib letak jawatan?
Pada pandangan penulis, lebih baik Tun M kembali ke rumahnya di Titi
Gajah. Kalau rumah tersebut dijadikan anaknya sebagai “istana hinggap”,
beliau boleh tinggal di rumah kelahirannya di belakang kilang ais di
Seberang Perak di bandaraya Alor Setar. Di situ dekat dengan masjid
Zahir kalau tidak silap penulis. Boleh perbanyakkan ibadah di situ…
Di usia-usia emas begitu, banyakkanlah bertaubat dan beribadah kepada
Allah. Dunia ini hanyalah sementara dan sewajarnya beliau yang kita
hormati dengan jasa-jasanya itu mempersiapkan diri untuk ke akhirat yang
kekal abadi.
Zaman ini zama Najib. Jika Allah izinkan, zaman anak Tun M pun akan
menjelma suatu hari nanti. Janganlah disebabkan ego usia emas, sanggup
memperjudi dan menggelapkan masa depan anak sendiri. Penulis lihat
anaknya kini serba salah jadinya. Fikir-fikirkanlah…
Disediakan oleh : Cenderawasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment