Thursday, June 18, 2015

Parti serpihan... Patutlah Haji Hadi Baca Ucapan Dasar Bertajuk 'ISTIQAMAH'

Saya sangka keputusan muktamar PAS hanya menakluki PAS. Rupanya kini sudah melangkau menakluki parti lain juga.

Usul Dewan Ulamak PAS dalam Muktamar ke-61 telah dilaksanakan oleh DAP dengan jayanya!

Bolehlah diucapkan Tahniah kepada DAP kerana melaksanakan usul dalam Muktamar PAS tanpa segan silu.

Pelaksanaan usul itu berlaku bagai terteguk kopi panas. Ada yang menelan paksa dan ada yang menyembur. Belumpun Majlis Syura sempat bersidang membahaskannya dari sudut syarak seperti yang dikehendaki oleh usul yang lulus tanpa bahas itu. Padanlah DAP menelan secara paksa kerana tidak perlu ambil pusing kepada persoalan hukum, hanya tujuan politik. Yang menyembur pun diperhatikan orang, sudah tidak sempat menekup mulut.

PAS Pusat pun belum bermesyuarat untuk mengaplikasikan pandangan dari sudut hukum yang bakal diputuskan oleh Majlis Syura.

DAP dan sekumpulan orang telah merentas jalan pintas (short cut) terhadap pelaksanaan usul itu. Apakah yang ingin dicapai?

Hari ini keinginan itu nampak jelas. Mereka hendak memberi persepsi buruk kepada PAS, khususnya kepada para ulamak untuk menendang PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Mereka mahu capai matlamat politik diri sendiri, tanpa matlamat politik PAS.

Pengumuman parti baru (Parti Islam Progresif) akan ditubuh dan akan bergabung dalam Pakatan Baru dengan DAP tanpa PAS. Perekabentuk, consultant engineer dan kontraktornya ialah DAP dan buruh-buruhnya ialah segelintir bekas-bekas ahli dan mantan pemimpin PAS.

Patutlah dalam dua muktamar PAS yang terakhir ini, tema dan Ucapan Dasar Presiden telah mengangkat ISTIQAMAH yang terakam dalam Al-Quran dan hadis sebagai teras untuk mengacuankan perjalanan politik, dakwah dan tarbiyah pemimpin dan ahli PAS. Selepas dua kali seruan Istiqamah dibacakan, bertempiaranlah sekelian yang terasuk pragmatis sekular.

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

Muhammad Sanusi
Sik Kedah

No comments:

Post a Comment