Sunday, June 28, 2015
Penganjur Nothing To Hide Lepas Semua Jawatan Dalam UMNO....
Kuala Lumpur : Ketua Pemuda UMNO Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat hari
ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam parti berkuatkuasa 11
Julai ini. Penganjur forum Nothing2Hide itu berkata keputusan diambil
selepas mendapat restu dari ibu serta perbincangan mendalam bersama ahli
keluarga.
Dalam satu kenyataan pagi ini, beliau menyebut selain jawatan Ketua
Pemuda UMNO Bahagian Kluang, jawatan lain yang dilepaskan ialah Naib
Ketua Pemuda UMNO Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan UMNO Malaysia.
"Mohon doakan saya berjaya dalam apa jua lapangan yang bakal saya
ceburi kelak. "Semoga keputusan yang saya ambil ini telah dipandu oleh
petunjuk Allah SWT seterusnya diterima dengan baik oleh teman-teman
sekalian," katanya.
Sebelum itu dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan Unit Komunikasi
Korporat Khairul Group, menyatakan Khairul sebagai Pengerusi firma itu
melepaskan semua jawatan dalam UNNO berkuatkuasa 11 Julai 2015. "Ia bagi
meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta
perluasan operasi korporat firma kami.
"Serentak itu juga, pihak kami bakal meneruskan operasi firma Khairul
Group ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh sebelum ini memandangkan
Pengerusi kami (ketika itu) masih bergiat aktif dalam platform politik
tempatan. "Semoga langkah terbaru ini dapat memberi manfaat kepada firma
terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah,
perundangan dan mediasi (mediation) antarabangsa," kata kenyataan itu.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment