Sunday, June 21, 2015
Sikap Yang Terpuji.....Gambar Polis Alih Perhatian Anak Kecil Jadi Viral
Brighton - Colorado : Sekeping gambar menyayat hati mula tersebar apabila
seorang anggota polis dilihat mendukung seorang kanak-kanak perempuan
dan cuba mengalihkan perhatiannya di lokasi kejadian kemalangan maut
yang meragut nyawa bapanya.
Memetik laporan Mirror.co.uk, polis tersebut mengalihkan perhatian
kanak-kanak perempuan itu dengan menunjukkan ke arah lain membelakangkan
kenderaan ayahnya yang terbalik.
Menurut polis, dalam tragedi itu, seorang lelaki maut manakala seorang perempuan dan seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital.
Tiga lagi kanak-kanak yang turut terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan hanya cedera ringan.
Menurut saksi, kenderaan itu hilang kawalan selepas salah satu tayarnya pecah dan berpusing beberapa kali.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment