Sunday, June 21, 2015
Takkanlah Letak Mahfuz Jadi AJK PAS Pusat Saja? Tak Patut…
EDITOR MENULIS...
21 JUN 2015
Lewat petang tadi, PAS Pusat telah
mengumumkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baru di mana pengumuman
tersebut sekaligus menyaksikan rombakan yang agak menarik untuk diulas,
khususnya melibatkan bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz sebelum ini sering dihubungi media
yang bertanyakan tentang jawatan beliau yang terkini di dalam PAS dan
bekas Ketua Penerangan PAS itu menjelaskan bahawa masih lagi menunggu
surat tawaran dari PAS Pusat yang belum kunjung tiba.
Dan kini sudah terjawab. Mahfuz yang
selama ini dilihat “hebat sangat”, hanya ditawarkan mengganggotai AJK
PAS Pusat saja, setaraf dengan barisan pemimpin baru PAS yang dikatakan
“tidak dikenali” Mat Sabu sebelum ini…
Sama ada suka atau tidak, nampaknya
Mahfuz boleh duduk di kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja bagi
penggal ini. Mahfuz boleh duduk sebaris dengan Mohamad Hussin dan Muhtar
Suhaili yang turut sama dilantik sebagai AJK PAS Pusat penggal ini.
Jika tidak suka, saya kira PAS Pusat
terbuka untuk menerima penolakan jawatan tersebut sebagaimana yang
dilakukan Mazlan Aliman. Rasanya ramai lagi pemimpin PAS yang lebih
layak berbanding Mahfuz, kan?
Lagipun, Mahfuz yang sebelum ini
menggambarkan dirinya bercita-cita menjadi Perdana Menteri, rasanya
tidak sesuai untuk berada di tahap itu. Sekurang-kurangnya, lantiklah
dia sebagai Setiausaha Agung PAS, barulah setaraf dengan “kehebatan”nya,
kan?
Saya berpandangan bahawa Mahfuz kini
mungkin bingung dengan keputusan PAS Pusat. Sudahlah hanya dilantik
sebagai AJK PAS Pusat secara “belas ehsan”, malah dia turut digugurkan
dari jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah.
Itulah Datuk. Sudah berkali-kali saya
berpesan supaya balik ke kawasan, duduk lebih lama di Kedah dan ambil
tahu tentang PAS di Kedah yang huru-hara. Tapi Datuk lebih selesa
menyibukkan diri ke Australia. Sekarang, apa sudah jadi?
Lihatlah apa yang berlaku pada kepimpinan
PAS di Kedah sekarang. Datuk Amiruddin Hamzah yang dilantik sebagai
Pesuruhjaya PAS Negeri dikatakan menolak untuk menerima jawatan
tersebut, seolah tidak menghormati amanah ulama PAS…
Lihat pula apa yang berlaku pada Adun
Pengkalan Kundor yang beriya-iya mahu menubuhkan parti baru selepas
Aidilfitri ini. Kalau Datuk telefon beliau dan tidak hiraukan tentang
telefon ke Australia, mungkin Datuk Phahrolrazi akan setia bersama
kepimpinan ulama PAS, kan?
Datuk juga seolah gagal mengambil tahu
tentang PAS di Kedah yang sangat kucar-kacir sehingga bukansaja terbelah
dua, malah berpecah-belah kepada beberapa “geng” yang tidak “ketahuan
hala”. Sekejap PasMa, sekejap PAS, sekejap nak jadi DAP pun ada!
Maaflah Datuk Mahfuz, sekiranya Datuk
membiarkan segala ini berlaku, rasanya mungkin harapan untuk menjadi
Perdana Menteri akan hancur berkecai. Sayanglah melihat karier yang
berkembang hebat, tiba-tiba duduk sebaris dengan Hussin dan Muhtar saja,
kan?
Saya harap Mahfuz bangkit kembali. Bukan
tempatnya seorang yang “hebat” sepertinya untuk duduk di bangku AJK PAS
Pusat. Sesungguhnya persada politik negara akan kehilangan “permata”
yang “mahal” sekiranya Mahfuz diletakkan di tempat yang tidak setaraf
dengan “kehebatannya”, kan?
Jadi, bagi membakar semangat juang Mahfuz
Omar, saya menyarankan agar dia jadi Presiden parti baru atau masuk
DAP, bersama Pak Samad Janggut di mana mungkin akan diberi peluang
dilantik menjadi Naib Presiden parti Lim Kit Siang itu. Siapa sangka,
kan?
Malah, jika Mahfuz sertai DAP, bukan saja
jawatan tinggi di peringkat pusat, malah mungkin dia akan menjadi “boss
besar” DAP di Kedah yang kini kucar-kacir sekaligus berpeluang untuk
menjadi Menteri dalam kabinet “dapur” DAP, kan? Wallahu’alam.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment