Sunday, June 21, 2015
Dulu Kutuk ‘Macai’ Arwah Nik Aziz, Sekarang?
EDITOR MENULIS...
21 JUN 2015
Sebelum bekas Menteri Besar Kelantan, arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nik Mat meninggal dunia, boleh dikatakan hampir setiap hari para
penyokongnya dibelasah para penyokong UMNO termasuk ‘macai-macai’ bekas
Memanda Perdana atas ketaksuban mereka terhadap bekas Mursyidul Am PAS
itu.
Memang benar. Saya sendiri mengakui para penyokong arwah Nik Aziz
sememangnya taksub pada beliau sama ada ketika hidup mahupun selepas
meninggal dunia. Malah ada yang sanggup curi seliparnya untuk mendapat
‘berkat’ dan ada pula yang dikatakan cuba mencuri tanah kuburnya hingga
terpaksa dipagar. Hina sungguh taksub mereka, kan?
Kini giliran ‘macai-macai’ Memanda Perdana pula menunjukkan kebodohan
dan kehinaan mereka di khalayak ramai. Mungkinlah tidak ada yang
sanggup minum air basuhan tangan bekas Memanda Perdana, tapi sudah ada
tanda-tanda ketaksuban ke arah itu termasuk memuja lukisan mural
gergasinya di Kedah.
Ada yang bertanya saya, berapa lamakah saya kenal dengan politik Malaysia. Berapa lama kenal BN dan UMNO ini? Katanya, BN dan UMNO dulunya merupakan penyokong tegar bekas
Memanda Perdana ketika mendesak Pak Lah turun dari jawatan Perdana
Menteri dulu.
Benar. Saya masih baru dengan politik dan hanya menulis di sini
sekadar meluahkan pandangan yang masih lagi belum korup dengan sikap
taksub. Tapi ingin saya tegaskan, saya tidak buta tentang sejarah politik negara yang dulunya dikenali sebagai nama malahan saya sendiri pernah terlibat dalam perjuangan "reformasi" semasa di universiti dulu....
Malah saya tahu asal-usul penubuhan portal ini yang bermula di era
reformasi di mana ketika itu portal inilah menjadi medan yang konsisten
menentang Mahfiraun dan Tranungkite.
Dan saya juga tahu betapa
setiap hari portal ini mendedahkan pelbagai kesilapan dan kebobrokan
pentadbiran Pak Lah, ‘menantu’ dan ‘tingkat 4’nya dahulu.
Tapi kalau diungkitkan pun untuk apa? Memang patut pun Pak Lah
menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak
kerana itulah kehendak Allah yang diilhamkan kepada seluruh warga UMNO
ketika itu, termasuk bekas Memanda Perdana, kan? Tanpa kuasa dan
kehendak Allah, tidak akan turun jua Pak Lah walau didesak seribu tahun
sekalipun…
Kenapa saya kini berpendirian mengkritik bekas Memanda Perdana
sedangkan saya dulu juga sememangnya penyokong beliau? Mudah
jawapannya. Kerana saya tidak taksub pada pemimpin seperti
‘macai-macai’ Memanda Perdana!
Kerana saya yakin bahawa kini adalah masanya untuk memastikan UMNO
dan pucuk pimpinannya dikukuhkan kembali seperti mana bekas Memanda
Perdana dulu mula mentadbir dan menjadi Presiden UMNO. Selepas beliau
menjadi Menteri Perdana dulu, wujud ‘Team A’ dan ‘Team B’, bukan? Dan
bekas Memanda Perdana itu bertindak mengukuhkan kedudukannya dari
pepecahan tersebut demi survival UMNO dan politik negara, bukan? Jadi,
tidak salahlah apa yang saya lakukan.
Lagipun, asas serangan yang dilakukan oleh bekas Memanda Perdana itu
terlalu lemah.
Hanya berdasarkan persepsi semata-mata dan disebabkan
itulah maka faktanya berubah-rubah sesuka hatinya. Sekejap begitu dan
sekejap begini. Beliau sendiri gagal untuk meyakinkan saya untuk
menyokongnya seperti dulu. Jadi jangan salahkan saya untuk menyokong
Perdana Menteri dan Presiden UMNO…
Untungnya bekas Memanda Perdana ialah di zaman beliau dulu ramai yang mempertahankan beliau secara konsisten di zaman
“reforbasi mata lebam”. Perlu diingat bahawa sokongan ketika itu pada
pandangan saya, bukanlah berlandaskan pada peribadi beliau
semata-mata, namun lebih menjurus kepada kebenaran dan kestabilan
politik negara kerana itulah perjuangan UMNO yang sebenar.
Malah ketika menyokong bekas Memanda Perdana dulu pun ketika mendesak
peralihan kuasa di antara Pak Lah dan Najib, ia dilakukan demi suvival
UMNO yang dilihat sangat lemah dan berdasarkan fakta yang benar dan
bukan persepsi semata-mata.
Jadi, bila saya enggan menyokong bekas Memanda Perdana, janganlah
‘macai-macai’ beliau kecil hati pula. Kita mengamalkan demokrasi bukan?
Lagipun saya rasa lebih yakin dengan Memanda Perdana sekarang
berbanding bekas Memanda Perdana yang semakin hari semakin teruk
‘zikir’nya. Nak dikata ‘nyanyuk’ nanti marah pula…
Padanlah ramai veteran UMNO yang berpandangan bahawa bekas Memanda
Perdana itu tidak lagi sayang pada UMNO, bangsa Melayu dan negara.
Padanlah ramai yang sudah mula muak dengan kenyataannya yang penuh
dendam dan persepsi. Sedih sungguh memikirkan sikap beliau diakhir
usianya, entah apa dosanya hingga ditakdirkan bersikap begitu, kan?
Justeru itu, sebagai ‘pendatang baru’ dalam penulisan politik di ruangan ini, saya menyarankan supaya bekas Memanda Perdana menumpukan
saki baki hidupnya dengan ibadah kepada Allah, tambahan pula kita di
bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini.
Semoga beliau diberi hidayah
sewajarnya sebelum terlambat.
Bagi diri saya sendiri, saya pun berpesan perkara yang sama
kerana saya sendiri tidak tahu bila ajal saya akan tiba. Tapi
kepada ‘macai-macai’ Memanda Perdana, saya doakan supaya diberikan
hidayah supaya tahu membezakan antara yang benar dan yang salah dalam
hal ini.
Rasionalkanlah diri kerana seingat saya, sama ada bekas Memanda
Perdana mahupun Memanda Perdana sekarang pun pernah mengingatkan kita
supaya melebihkan kepentingan parti daripada kepentingan individu atau
pemimpin. Parti perlu kita utamakan, faham? Supaya ‘macai-macai’ itu
faham…
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment