Sunday, June 21, 2015

Krisis MIC, Palanivel Perlu Bertanggungjawab – Tengku Adnan

21 Jun 2015, Kuala Lumpur : Barisan Nasional tidak akan bertolak ansur dengan Presiden Kongres India Malaysia (MIC), Datuk Seri G Palanivel yang cuba menyalahkan pihak lain atas kekecohan dan kekacauan dalam parti tersebut.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/01/Palanivel-and-MIC.jpg
Menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Palanivel perlu mematuhi keputusan ROS dan Mahkamah dalam menyelesaikan isu dalaman parti terbabit, bukannya cuba menutup masalah dalaman parti dengan menyalahkan pihak lain termasuk Perdana Menteri. 

“Kekecohan dalam MIC adalah kerana ada ahli MIC membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Ros mengarahkan Palanivel mengadakan semula pemilihan parti berdasarkan Jawatankuasa Kerja Pusat MIC 2009 dan senarai daftar pemilih 2012. Ini kemudiannya disahkan oleh Mahkamah.”

Justeru Tengku Adnan menasihatkan Palanivel mengikut arahan dan keputusan Mahkamah.

Semalam Palanivel dilaporkan berucap menyalahkan Perdana Menteri atas krisis dalaman parti terbabit dalam satu perjumpaan dengan penyokong beliau. 

Palanivel dalam sidang akhbar kemudianya juga kelihatan enggan mengikut arahan ROS dan Mahkamah apabila menolak mengadakan pemilihan semula menggunakan snarai CWC 2009 dan daftar pemilih parti 2012.

Sebaliknya Palanivel mengumumkan MIC akan mengadakan pemilihan baharu dengan daftar pemilih baharu tanpa membabitkan Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam yang telah beliau gantung dari parti. 

“Saya masih Presiden MIC yang sah mengikut perlembagaan parti dan berhak mengendalikan proses pemilihan parti ini. Malah, saya sentiasa komited untuk membawa masa hadapan yang lebih baik bagi parti dan masyarakat India,”

Bagaimanapun sekiranya Palanivel masih tetap mahu mengadakan pemilihan baharu yang bertentangan dengan keputusan Mahkamah, ROS mungkin akan membatal atau menggantung pendaftaran parti kaum India tertua di negara ini. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment