Selari dengan tema dailog itu yang cukup menarik...sudah tentu ada banyak cerita nanti.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual akan memberi penerangan isu-isu semasa khususnya 1MDB serta menjawab soalan para hadirin pada dailog anjuran SukaGuam itu.
Dailog selama tiga jam itu akan berlangsung dari 9 pagi hingga 12 tengahari.
Ini kali pertama Perdana Menteri akan hadir satu majlis dailog terbuka yang berbentuk 'cerita semua' sejak kehangatan isu kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya.
Lebih mencuri perhatian bila timbul pula perkembangan terbaru mengenai kemungkinan Dr Mahathir sendiri hadir sama di dailog itu.
Betul kah?
Asal ada desas desus mengenainya bertiup di media sosial,namun ia semakin menjadi hangat bila wartawan Astro Awani,Ashwad Ismail menerusi twitternya pada sebelah tengahari Khamis memetik Pegawai Khas Dr Mahathir sebagai mengesahkan beliau akan hadir di dailog itu.
Kemudianya Malay Mail Online yang menghubungi pegawai khas berkenaan,Sufi Yusoff memetik beliau sebagai berkata Dr Mahathir sedang timbang untuk hadir.
Katanya pihak penganjur telah buat jemputan terbuka.
Sufi tidak dapat pastikan samaada Dr Mahathir akan turut mengemukakan soalan atau tidak.
Sehingga berita ini ditulis petang Khamis,Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat kata mereka belum lagi dapat pengesahan rasmi mengenai kehadiran bekas Perdana Menteri itu.
Katanya mereka pun dapat khabar mengenainya menerusi twitter dan sedang menunggu pengesahan.
Tanda tanya yang berlegar kini tentu sekali apakah betul Dr Mahathir akan hadir.
Jika betul beliau muncul bagaimana agaknya suasana dailog berkenaan.
Sekitar 1,500 orang dari pelbagai NGO dijadual hadir pada dailog berkenaan.

No comments:
Post a Comment