Monday, June 22, 2015
Tun M Dok Serang DS Najib Tetapi Datin Sri Rosmah Pulak Mesra Bersama Tun Siti Hasmah...Inilah Yang Terbaik
22 Jun 2015, Kuala Lumpur : Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri
(BAKTI) mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Hari Raya
Aidilfitri kepada anggota keselamatan negara bagi tahun 2015 di Bangunan
BAKTI Siti Hasmah, di sini, pagi tadi.
Yang DiPertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor berkata, sumbangan
ini merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan bagi membalas jasa
dan pengorbanan para pejuang kita yang berada di segenap pelusuk negara
yang diamanahkan untuk bertugas demi menjaga keamanan dan kesejahteraan
negara ini.
"Pengorbanan pasukan keselamatan negara kita amatlah besar jika
dibanding dengan sumbangan yang tidak seberapa ini," kata beliau.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’
Sri Khalid Abu Bakar telah menerima sebanyak 25,000 bungkusan dari BAKTI
sebagai tanda penghargaan kerana memikul tanggungjawab di perbatasan di
sepanjang bulan Ramadhan serta Syawal bagi memastikan rakyat Malaysia
hidup dengan aman makmur dan sejahtera.
Pasukan keselamatan yang turut menerima sumbangan adalah Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim.
Foto: Facebook PDRM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment