Friday, June 12, 2015

UMNO Yg ‘Bergolak’, Ahli PAS Yg Keluar Parti….

pas-jelebu-150x150 (1)
EDITOR MENULIS...
12 JUN 2015

Tidaklah dikatakan sebuah parti itu bergolak melainkan ada ahli parti tersebut yang keluar parti secara beramai-ramai di luar kempen pilihanraya.  Kalau yang berlaku dalam kempen pilihanraya tu, majoritinya drama, terutama kalau membabitkan ahli UMNO yang keluar menyertai Pakatan.

Inilah yang menimpa PAS, tak sampai seminggu selepas Muktamar berakhir, beberapa ahli PAS kawasan Jelebu (setaraf bahagian UMNO), mengumumkan keluar parti, dipercayai ada kaitan dengan keputusan Muktamar yang menolak kelompok bukan ulama keluar dari saf kepimpinan parti tersebut.

Dahla Jelebu tu tak berapa nak kuat PAS pun, tapi kat situ jugalah nak keluar partinya.

Sebelum ini, kepimpinan PAS kawasan Batu juga mengumumkan perletakkan jawatan secara beramai-ramai kerana tidak bersetuju dengan Presiden, Hadi Awang.

Yang jadi ironinya, dalam UMNO dikatakan bergolak akibat pelbagai hal seperti kritikan Tun Mahathir, 1MDB dan sebagainya, ahli PAS pulak yang keluar parti kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan baru.

Soal ramai atau beberapa bukan isu, isunya sekarang kata UMNO bergolak tapi takde pun ahli UMNO yang keluar parti sebaliknya, PAS ada.  Baru selesai pemilihan pulak tu, tak sampai seminggu.

Jadi kalau dibandingkan sekarang, siapa sebenarnya yang bergolak, PAS atau UMNO?  Nampak sangat PAS yang dalam masalah, tapi Datuk Seri Najib yang disuruh PAS meletakkan jawatan selepas raya, gila ke?

Patutnya dengan penutupan PAS kawasan Jelebu ini, Hadi yang meletak jawatan sebab ia menunjukkan kepimpinannya ditolak.  Jangan kata PAS kawasan Jelebu, ada AJK PAS Pusat yang menang pun nak meletakkan jawatan juga.

Haru tu.

Tak cerita lagi berbalah dengan DAP pasal meletak jawatan lantikan DAP di Pulau Pinang dan Selangor.  Banyak masalahlah senang kata, tapi UMNO yang dituduhnya lemah dan bergolak.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment