Sunday, June 28, 2015
Ustaz Kena Kecam Bila Muatnaik Gambar Yang Didakwa Potongan Rambut RASULULLAH S.A.W!!!
Seorang ustaz dikecam dalam media sosial selepas memuat naik gambar yang
mendakwa sebahagian kecil potongan dari rambut Nabi Muhammad S.A.W.
Abu Syafiq memuat naik gambar di laman Facebooknya pada 22 Jun lalu,
turut mendakwa dia memiliki dan telah memakai sebahagian kecil potongan
dari rambut Rasulullah.
“Gambar ada sebahagian kecil potongan dari rambut Rasulullah yg dipakai
hamba..alhamdulillah…sollu ala Rasulillah,” tulisnya di Facebook.
Tindakan Abu Syafiq itu telah dikecam oleh pengguna Facebook antaranya
pengguna Muhamad Harris Nasril yang menyindir rambut nabi itu seperti
bulu hidungnya.
“mcam bulu idong aku ja. ahhaha,” tulisnya.
Kesahihannya turut dipersoalkan, Syamboytudm Syam turut menyatakan tidak
berjumpa sebarang hadis Rasulullah mengenai penyimpanan rambut nabi.
“Xde jumpa Hadis Rasulullah SAW bgtau, bila aku wafat, ambil
rambut@janggung@kening utk simpan ke gantung ke… Sekian. Tolong tego
kalo aku salah, masih belajar,” katanya.
Bukan itu sahaja, bagi Nasri An-Nasr, dia menyatakan “Nabi S.A.W
pesan…Aku Tinggalkan kepda kamu 2 perkara Al-Quran dan Sunnah,” katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment