Monday, June 22, 2015
Wan Azizah Kini U-Turn, Kata Pakatan Rakat Kini Masih Wujud
Daripada segi semangatnya, gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan
Rakyat (PR) itu masih wujud, kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail hari ini.
Katanya, sekretariat PR dan pekerja parti di peringkat negeri masih beroperasi.
"Di semua negeri PR, ia masih bekerja, walaupun Pulau Pinang tidak lagi menamakannya PR.
"Tetapi daripada segi hubungan kerja, ia masih diteruskan. Kerana, ketua
menteri berkata, kerja dijalankan seperti biasa," katanya merujuk
kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Ditanya sama ada mereka masih boleh bekerja sama dalam keadaan yang agak
janggal dan bermusuhan, Dr Wan Azizah memberitahu wartawan di Pulau
Pinang, berdasarkan semua kenyataan yang dibacanya, mesejnya ialah
mereka masih bersama.
"Kerana kami mahukan begitu, sambil kami menentang kerajaan Barisan Nasional yang sekian lama berkuasa.
"Semua pembaziran, ketirisan dan masalah negara kita ini... semua itu
perkara asas. Kita semua berada pada satu platform yang sama, dan itu
menjadi usaha kita, dan kita boleh terus bergerak dari sini," katanya.
Dr Wan Azizah, yang juga ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang
Pauh berkata demikian di Masjid Jamek Kampung Pelet, selepas menghadiri
majlis penyerahan sumbangan Ramadan kepada 64 surau di kawasan Parlimen
beliau oleh Zakat Pulau Pinang.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Zakat Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man,
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir daripada
PAS, Ketua PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan Timbalan Ketua
Pemuda PKR Dr Afif Bahardin.
Dalam ucapan ringkasnya di majlis itu, Dr Wan Azizah juga memberitahu
penduduk kawasannya "semua terkawal" dan "kerja berjalan seperti biasa".
Katanya, tidak perlu dipesongkan perhatian daripada isu yang menjejaskan negara.
Ditemui pemberita selepas itu, Salleh yang merupakan wakil PAS tunggal
di Pulau Pinang berkata beliau menjalankan tugasnya seperti biasa.
"Saya hanya bekerja untuk rakyat. Saya masih sebahagian kerajaan negeri
Pulau Pinang yang dipilih rakyat hinggalah pilihan raya umum akan datang
"Saya gembira untuk terus bekerja untuk rakyat, terutamanya pengundi saya di Permatang Pasir," katanya.
Ditanya jika partinya boleh menerima keadaan itu, Salleh berkata:"Itu juga berjalan seperti biasa. Saya masih ahli PAS."
Beliau berkata, kedudukannya sebagai Adun, pengerusi lembaga Zakat Pulau
Pinang dan yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang tidak berubah.
"Saya tidak perlu letak jawatan. Tidak perlu dipersoalkan lagi perkara itu," katanya.
Hubungan dan kerjasama 7 tahun antara PAS dan DAP dalam PR mula menuju
kejatuhan selepas rang undang-undang hudud di Kelantan diluluskan pada
Mac.
Apabila kepimpinan PAS yang baru, didominasi puak ulama konservatif,
menerima tanpa bahas usul memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar
awal bulan ini, parti demokratik itu mengisytiharkan PR tidak lagi
wujud.
Di Pulau Pinang, wakil PAS yang memegang jawatan yang dilantik secara
politik diminta pentadbiran yang diketuai DAP untuk melepaskan jawatan.
Kerajaan negeri juga menamatkan perkhidmatan seorang pegawai penerangan
dan 2 ahli majlis daripada PAS, yang tidak meletak jawatan secara
sukarela.
Selepas DAP mengisytiharkan berakhirnya PR Selasa lalu, Dr Wan Azizah
berkata, PKR kesal dengan tindakan kedua-dua PAS dan DAP yang membuatkan
gabungan itu tidak boleh lagi berfungsi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment