Monday, June 22, 2015

Apa Perasaan Ahli Akar UMBI PAS Apabila Kembali Dilantik Walaupun Kalah?

Lewat petang tadi, PAS Pusat telah mengumumkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baru di mana pengumuman tersebut sekaligus menyaksikan rombakan yang agak menarik untuk diulas, khususnya melibatkan bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz sebelum ini sering dihubungi media yang bertanyakan tentang jawatan beliau yang terkini di dalam PAS dan bekas Ketua Penerangan PAS itu menjelaskan bahawa masih lagi menunggu surat tawaran dari PAS Pusat yang belum kunjung tiba.

Dan kini sudah terjawab. Mahfuz yang selama ini dilihat “hebat sangat”, hanya ditawarkan mengganggotai AJK PAS Pusat saja, setaraf dengan barisan pemimpin baru PAS yang dikatakan “tidak dikenali” Mat Sabu sebelum ini…

Sama ada suka atau tidak, nampaknya Mahfuz boleh duduk di kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja bagi penggal ini. Mahfuz boleh duduk sebaris dengan Mohamad Hussin dan Muhtar Suhaili yang turut sama dilantik sebagai AJK PAS Pusat penggal ini.

Jika tidak suka, saya kira PAS Pusat terbuka untuk menerima penolakan jawatan tersebut sebagaimana yang dilakukan Mazlan Aliman. Rasanya ramai lagi pemimpin PAS yang lebih layak berbanding Mahfuz, kan?















Lagipun, Mahfuz yang sebelum ini menggambarkan dirinya bercita-cita menjadi Perdana Menteri, rasanya tidak sesuai untuk berada di tahap itu. Sekurang-kurangnya, lantiklah dia sebagai Setiausaha Agung PAS, barulah setaraf dengan “kehebatan”nya, kan?

Saya berpandangan bahawa Mahfuz kini mungkin bingung dengan keputusan PAS Pusat. Sudahlah hanya dilantik sebagai AJK PAS Pusat secara “belas ehsan”, malah dia turut digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Itulah Datuk. Sudah berkali-kali saya berpesan supaya balik ke kawasan, duduk lebih lama di Kedah dan ambil tahu tentang PAS di Kedah yang huru-hara. Tapi Datuk lebih selesa menyibukkan diri ke Australia. Sekarang, apa sudah jadi?

Lihatlah apa yang berlaku pada kepimpinan PAS di Kedah sekarang. Datuk Amiruddin Hamzah yang dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri dikatakan menolak untuk menerima jawatan tersebut, seolah tidak menghormati amanah ulama PAS…Lihat pula apa yang berlaku pada Adun Pengkalan Kundor yang beriya-iya mahu menubuhkan parti baru selepas Aidilfitri ini. Kalau Datuk telefon beliau dan tidak hiraukan tentang telefon ke Australia, mungkin Datuk Phahrolrazi akan setia bersama kepimpinan ulama PAS, kan?

Datuk juga seolah gagal mengambil tahu tentang PAS di Kedah yang sangat kucar-kacir sehingga bukansaja terbelah dua, malah berpecah-belah kepada beberapa “geng” yang tidak “ketahuan hala”. Sekejap PasMa, sekejap PAS, sekejap nak jadi DAP pun ada!

Maaflah Datuk Mahfuz, sekiranya Datuk membiarkan segala ini berlaku, rasanya mungkin harapan untuk menjadi Perdana Menteri akan hancur berkecai. Sayanglah melihat karier yang berkembang hebat, tiba-tiba duduk sebaris dengan Hussin dan Muhtar saja, kan?

Saya harap Mahfuz bangkit kembali. Bukan tempatnya seorang yang “hebat” sepertinya untuk duduk di bangku AJK PAS Pusat. Sesungguhnya persada politik negara akan kehilangan “permata” yang “mahal” sekiranya Mahfuz diletakkan di tempat yang tidak setaraf dengan “kehebatannya”, kan?

Jadi, bagi membakar semangat juang Mahfuz Omar, saya menyarankan agar dia jadi Presiden parti baru atau masuk DAP, bersama Pak Samad Janggut di mana mungkin akan diberi peluang dilantik menjadi Naib Presiden parti Lim Kit Siang itu. Siapa sangka, kan?

Malah, jika Mahfuz sertai DAP, bukan saja jawatan tinggi di peringkat pusat, malah mungkin dia akan menjadi “boss besar” DAP di Kedah yang kini kucar-kacir sekaligus berpeluang untuk menjadi Menteri dalam kabinet “dapur” DAP, kan? Wallahu’alam.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment