Monday, June 22, 2015
Gambar Kemalangan.....Minuman Kesihatan Bertaburan di LPT2
Hulu Terengganu : Pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) sanggup
menggadai nyawa semata-mata untuk mengutip minuman kesihatan yang
bertaburan di atas jalan selepas lori membawanya terbalik dalam
kemalangan di Kilometer 385.1 laluan Ajil-Bukit Besi, dekat Kuala
Berang, pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten
Superintendan Mohammad Azmi Awang Lah, berkata nahas itu berlaku apabila
tayar belakang lori itu pecah lalu ia terbabas dan terbalik.
"Lori berkenaan dipandu lelaki berusia 54 tahun dari Kampung Lubuk
Kawah, Temerloh, Pahang dan difahamkan, datang dari arah Temerloh
menghala ke Gong Badak, Kuala Terengganu. "Setiba di tempat kejadian
hampir jam 7 pagi, tayar belakang sebelah kiri kenderaan itu pecah tayar
menyebabkan ia terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan sebelah
kiri dan kemudian terbalik di atas jalan," katanya. Bagaimanapun,
katanya, pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dah polis
diarahkan bergegas ke lokasi untuk mengawal keselamatan serta menghalang
orang ramai daripada terus membahayakan keselamatan mereka.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment