Berikut ialah warkah terbuka yang diterima editor melalui beberapa kumpulan rangkaian Whatsapp:
Warkah Terbuka Untuk DYAM Tunku Mahkota Johor
Ampun Tunku beribu ampun jika warkah terbuka ini menimbulkan kermurkaan Tunku.
Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Duli
Yang Amat Mulia Tunku mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu yang tidak
sepatutnya campur dalam hal politik, Tunku menulis satu mesej panjang
lebar kepada Rakyat Malaysia.
Pandangan Nazri “Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas
undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi
dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik,” sangatlah tepat
dengan tradisi pentadbiran demokrasi raja berpelembagaan di Negara ini.
Tunku juga dengan penuh bangga mengisytiharkan Bangsa Johor, satu
akronim yang sangat tidak masuk akal dan berunsur membentuk satu Negara
dalam Negara. [Sebenarnya definisi “Bangsa Johor” termaktub dalam
undang-undang tubuh negeri. – Editor]
Tunku memang mempunyai pandangan-pendangan kontroversi dan “hollier
than thou” yang menarik ratusan ribu penyokong fanatik di media sosial.
Itu hak Tunkulah untuk mencari populariti secara demikian biarpun tidak
lagi menghormati kerabat di raja yang lebih tua.
Namun apabila Tunku menyindir Perdana Menteri dengan menulis
“bagaimana boleh diadalan suatu dialog bertajuk ‘Nothing2Hide’ dengan
mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya” ia
sudah melebihi sempadan sepatutnya.
Perdana Menteri dan Polis mempunyai pertimbangan yang sewajarnya sama
ada beliau perlu hadir atau tidak ke sesuatu program. Ia bukan hak
tunku pun untuk menghina kepimpinan rakyat.
Memang Nazri menjawab kasar kepada Tunku. Ia sesuatu yang tidak
sepatutnya dilakukan seperti mana tidak sewajarnya Tunku menulis
sedemikian mengenai Perdana Menteri.
Dalam menjawab Nazri, Tunku menyatakan pandangan tersebut hanya menyuarakan pandangan rakyat.
Memang betul ada rakyat berpandangan sedemikian. Ada juga rakyat
berpandangan dua pemimpin Melayu tidak sepatutnya hadir bergaduh dalam
majlis terbuka sedemikian.
Namun, Tunku sebagai pemimpin besar Melayu di Johor seharusnya tahu adab, kesopanan dan kesusilaan antara pemimpin Melayu.
Jika Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan perilaku Sultan dan
kerabat, beliau ada Menteri Besar menyampaikan ketidakpuasan hati
tersebut secara senyap dan tertib.
Bukankan Perdana Menteri sepatutnya mendapat layanan yang sama daripada institusi Di Raja?
Apabila adab dan kesopanan ini sudajh dilanggar, akan ada yang melanggar kembali biar pun tanoa restu Perdana Menteri.
Tunku murka, terasa hati dan mula mengatur sokongan apabila ditegur
oleh Nazri. Sebaliknya Perdana Menteri terpaksa mendiamkan diri dan
merasai kesedihan sahaja apabila ada anak raja seperti Tunku menghina
beliau kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Istana.
Budaya apa yang hendak diterapkan?
Ampun Tunku beribu ampun,
Benar sekali Menteri bukan tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Demikian juga Tunku pun bukanlah nabi yang maksum.
Namun jika semua perkara hendak diperkatakan kepada umum sudah tentu
institusi kesultanan Johor sendiri belum kekal seperti hari ini.
Hakikatnya, kerana taatnya UMNO kepada raja, banyak perkara dipendam
dan didiamkan begitu sahaja, biarpun rakyat di bawah dan menteri-menteri
Besar tahu apa yang berlaku.
Tidak salah Tunku memberi pandangan mengenai pentadbiran, namun
menuduh Perdana Menteri mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan, ia
bukan lagi pandangan pentadbiran tapi campur tangan politik. Ini
merupakan satu penghinaan kepada institusi Perdana Menteri sendiri.
Jika Tunku tidak mahu dihina janganlah menghina rakyat biasa. Perdana
Menteri hanya rakyat biasa yang tentu sukar menjawab balik sindiran dan
hinaan Tunku.
Ingatlah kembali perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.
Sudah dua kali ia dilanggar mengakibatkan dua kali perubahan
Perlembagaan Malaysia bagi mendefiniskan semula hubungan raja-raja
Melayu dan Rakyat.
Jawapan biadap Nazri Aziz hanya bermula apabila Tunku sendiri melanggar persetujuan Demang Lebar Daun Dan Sang Sapurba.
Tunku sebagai waris kesultanan Melayu Johor belajarlah adab susila
bangsa Melayu. Jangan rendahkan darjat Tunku dan Institusi Kesultanan
dengan kenyataan-kenyataan di luar sempadan aura kesultanan.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.
Rakyat Marhaen
Amin Bin Yatim
NOTA EDITOR: PERJANNJIAN SANG SAPURBA DAN DEMANG LEBAR DAUN
“Maka sembah Demang Lebar Daun (mewakili anak melayu dan pewarisnya).
‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah
Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku.
Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan,
dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh,
itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.’
Maka titah Sang Sapurba,(mewakili Raja-raja Melayu dan pewarisnya)
‘Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji
pada bapa hamba.’ Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu,
Tuanku?’
Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu
bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan
jahat pekerti sekalipun.’
Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak
buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun
mengubahkanlah’
No comments:
Post a Comment