Tuesday, June 16, 2015
TMJ Bersifat Menghukum Bukan Menegur – Nazri Aziz
16 Jun 2015, Kuala Lumpur : Menteri lantang Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terus
tidak mempedulikan kritikan padanya kerana memberi amaran supaya Tunku
Mahkota Johor tidak campur tangan dalam politik atau ‘dibelasah’.
“Saya boleh faham jika putera itu kata ‘saya sedih kerana dia (Najib)
tidak hadir’. Saya boleh terima. Itu tidak campur hal politik.
“Tetapi dia kata, ‘sudah tentu dia (Najib) tidak hadir dalam (dialog) Nothing to Hide kerana ada sesuatu hendak disembunyikan.
“Itu bersifat menghukum. Ia bermakna Tunku Ismail Sultan Ibrahim
daripada Johor sudah menghukum PM salah. Itu apa yang tidak kena
dengannya,” kata Nazri kepada Malaysiakini semalam.
Nazri juga berata kenyataan Tunku Ismail berbeza dengan sokongan
sultan Pahang kepada Najib kerana menjadi kebiasaan istana menyokong
pemimpin dipilih rakyat dalam sebuah sistem raja berperlembagaan.
Dipetik daripada sumber : Malaysiakini.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment