Tuesday, June 16, 2015

1MDB Sepatutnya Dah Mula Tindakan Undang-Undang

1mdb1 
EDITOR MENULIS...
16 JUN 2015

Saya memuji tindakan pro aktif 1MDB menjawab semua dakyah dan fitnah yang dilemparkan pembangkang dan sekutu baru mereka Tun Mahathir Mohamad kebelakangan ini.  Berbanding dulu, 1MDB mengambil masa beberapa hari untuk menjawab, sekarang cepat saja, tahniah.

Bagamanapun dalam masa yang sama, 1MDB patut sudah boleh memulakan prosiding undang-undang terhadap semua yang terlibat, termasuk Tun Mahathir sendiri.

Ini tidak boleh dilengahkan lagi kerana soalan dan tuduhan, nampaknya berulang-ulang. Dah jawab pun ditanya juga lagi, jadi nak ajar jenis tak makan saman macam ini ialah undang-undang.

Duit RM 42 billion pun begitu, kejap hilang, kejap hutang, sekarang dah hilang balik dan macam-macam.  Jadi amatlah penting semua kekarutan ini ditamatkan dengan segera.  Orang-orang yang terlibat pun, ada yang sangat takut dengan undang-undang dari takut dengan balasan Tuhan kerana memfitnah.

Tun Mahathir sajalah sebagai contoh, sekalipun bukanlah seorang yang patuh kepada kepimpinan (melainkan dirinya sendiri), amat patuh kepada tindakan undang-undang.  

Mengikut rekod, bagi menghalang Tun Mahathir dari terus menuduhnya sebagai peliwat, Anwar telah menyaman Tun Mahathir dan selama 5 tahun lamanya mulut Tun Mahathir terkunci dari bercakap tentang hal itu.

Samalah halnya dalam kes ini, itu Anwar yang memang dah disahkan peliwat pun berjaya kunci mulut Tun Mahathir dengan ancaman tindakan undang-undang, apatah lagi 1MDB yang tidak membuat sebarang kesalahan seperti yang di dakwa – berdasarkan kepada perkembangan siasatan PAC dan jawapan 1MDB setakat ini.

Duit tak hilang, audit tepat dan sebagainya.

Ketika program dialog Nothing To Hide yang dihijack Tun Mahathir dan penyokongnya untuk menjadi program debat antara dia dengan Perdana Menteri,pun begitu.  

Tun Mahathir akur kepada arahan polis agar berhenti berucap kerana patuh kepada undang-undang.  Yang Perdana Menteri juga patuh kepada arahan polis untuk tidak hadir, itu sebab takut kata fanatiknya.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment