Tuesday, June 16, 2015

Sketsa Meruntun Jiwa Dari Pakatan Haram Hari Ini…

guan eng 
EDITOR MENULIS...
16 JUN 2015

“Sungguh menyayat hati” drama swasta Pakatan Haram hari ini. Dimulakan dengan DAP yang kononnya mengumumkan tamatnya riwayat gabungan pembangkang yang wujud sejak 2008 itu, diikuti dengan kenyataan dari PKR dan DAP.

Watak-wataknya pula melibatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Naib Presiden PAS yang baru dipilih, Idris Ahmad. Sebuah sketsa yang cuba melakukan “reverse psychology” politik untuk meraih simpati rakyat dan penyokong?

Guan Eng umum Pakatan Haram telah terkubur. PKR arah semua ahlinya tutup mulut. PAS pula berkata keputusan itu hanyalah sekadar pandangan DAP. Plot cerita dan skrip yang agak mudah dibaca dan mudah memperdaya mereka-mereka yang malas berfikir.

Saya berpandangan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah wujud kerana parti-parti pembangkang yang kononnya mengatakan mereka sepakat bergabung itu hanya menggabungkan “air liur” sahaja. Tiada yang rasmi.

Pakatan Rakyat tidak pernah berdaftar sejak mula ia diumumkan sejak 1 April 2008. Maka disebabkan statusnya sebagai gabungan tidak diiktiraf secara rasmi, maka lebih sesuai saya anggap mereka sebagai sebuah pakatan yang haram. Sebab itu saya gunakan istilah Pakatan Haram.

Rafizi sendiri mengaku bahawa tiada sebarang perjanjian rasmi di antara parti-parti yang membentuk Pakatan Haram. Malah katanya, tiada sebarang persetujuan, perjanjian apatah lagi perlembagaan bertulis yang mengikat Pakatan Haram.

Paling utama, PAS, DAP dan PKR hanya mempunyai satu titik persamaan sahaja iaitu mahu mengalahkan BN dalam pilihanraya. Tapi ketiga-tiga parti itu mempunyai ribuan percanggahan dalam pelbagai bentuk, konsep, prinsip, teori, perjuangan dan lain-lain lagi.

Pada saya, mengambil kira hujah-hujah di atas pun, adalah memadai untuk mengatakan bahawa Pakatan Rakyat itu tidak pernah wujud sama sekali. Ia hanyalah untuk sekadar mengabui pemikiran rakyat di mana mereka mahu dilihat sebagai “sepakat” walaupun hakikatnya “langsung tidak sepakat”.
PAS-PKR-DAP-cracked-L
Ekoran dari percanggahan-percanggahan yang melebihi satu titik pertemuan itu, maka adalah sangat mustahil untuk mereka sehaluan dalam pelbagai perkara dasar di antara mereka. Meskipun dilihat “tenang di permukaan”, di dasarnya penuh dengan muslihat, agenda dan ketidakikhlasan dalam gabungan tersebut.

Mereka sedar bahawa ahli, penyokong dan rakyat sudah menyedari hakikat “tidak sepakat” Pakatan Haram yang mereka propagandakan selama ini. Justeru itu, sebuah “sketsa” perlu dibuat bagi merapatkan kembali gabungan haram itu.

Saya berpandangan bahawa ketiga-tiga parti itu menggunakan teori konflik bagi mengatasi masalah yang berlaku.

Maksud saya, konflik yang berlaku di antara dan di dalam ketiga parti itu digunakan kembali untuk menyatukan ahli, penyokong dan golongan atas pagar yang keliru atas krisis-krisis serta pertelingkahan yang berlaku di dalam Pakatan Haram.

Dengan nada seolah “kecewa”, DAP umumkan Pakatan Haram sudah berkubur hari ini. Mungkin dengan cara ini, mereka akan meraih simpati dari masyarakat yang tidak mahu Pakatan Haram berkubur. Maka dijangka ramailah yang akan mahu melihat Pakatan Haram “dihidupkan” kembali.

PKR pula memilih untuk memberi “arahan”. Kononnya mereka memiliki kuasa “command”. 

Mungkin dengan cara ini, PKR dapat menarik perhatian ramai yang melihat kononnya merekalah “ketua” dan “mampu mengawal” DAP dan PAS.

Manakala PAS pula bermain “tarik tali” dan memberi alasan “tergantung”, kononnya menunggu keputusan dari Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat. Mungkin dengan cara ini, mereka yang menyokong ulama dan pro-Pakatan Haram akan menunggu “keputusan tergantung” itu diputuskan.

Saya berpandangan bahawa Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat akan membuat keputusan supaya PAS tidak memutuskan hubungan dengan DAP. Alasannya, adalah untuk menjaga kepentingan tahaluf siyasi dengan Pakatan Haram dan mengekalkan kedudukan PAS dalam gabungan tersebut.

Saya yakin bahawa semua ahli dan penyokong PAS akan setuju dengan keputusan tersebut ekoran ia diputuskan oleh 100 peratus golongan ulama di dalam parti tersebut, bukan? Sudah tentu konsep wala’ pada pemimpin akan digunapakai dalam hal ini.

Jadi, saya menyimpulkan bahawa Pakatan Haram masih lagi wujud dan akan tetap kekal dengan status “haram” selama mungkin. Saya hanya menyuarakan pandangan saya berkenaan hal ini dan saya terbuka sama ada untuk bersetuju atau tidak dengan pandangan ini. Wallahu’alam.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment